Wanita tikam kemaluan kekasih playboy

Wanita tikam kemaluan kekasih playboy

MANILA – Seorang wanita tergamak menikam kemaluan teman lelakinya dengan sebilah gunting patah selepas dia mengaku mempunyai hampir 50 kekasih pada masa lalu, lapor portal berita Daily Star semalam.

Kejadian berlaku semasa pasangan itu menikmati makanan dalam temu janji romantis di sebuah kafe di Manila baru-baru ini. Ketika itu, perbualan mereka bertukar serius.



Selepas mendengar tentang senarai panjang bekas kekasih teman lelakinya, wanita itu tenang seketika sebelum dia bertukar marah.

Dia kemudian mengambil gunting yang patah dari tempat pembuangan sampah berdekatan dan menusuk objek tersebut pada pangkal paha teman lelakinya.

Orang ramai terkejut melihat darah memercik keluar daripada paha lelaki itu.

Seorang pegawai polis, Kapten Anthony Abundo berkata, ketika kejadian terdapat seorang anggota pihak berkuasa yang membuat rondaan di lokasi kejadian dan menghubungi ambulans.



“Kami kemudian menjalankan siasatan dan berjaya mengesan suspek,” ujarnya.

Anggota paramedik, Hugo Cruz berkata, lelaki itu mengalami sakit yang amat sangat ketika mereka tiba di lokasi kejadian dan dia telah kehilangan banyak darah.

Bagaimanapun, kemaluannya berjaya dirawat dan dia kini berada dalam keadaan baik di sebuah hospital. K Online

Wanita tikam kemaluan kekasih playboy



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?



Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby



RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker