PKR Sabah mahu bertanding lebih banyak ekrusi dalam PRN Sabah
PETALING JAYA: Seorang pemimpin PKR Sabah mahu parti itu bertanding hampir separuh daripada 73 DUN pada PRN akan datang, melebihi 25 kerusi yang akan dicadangkan oleh ketuanya.
Ahli majlis pimpinan negeri, Sazalye Donol Abdullah, percaya PKR mempunyai potensi di kira-kira 35 kerusi.
“Bukan setakat 25 kerusi… 35 kerusi pun PKR boleh,” katanya pada sidang media, lapor Berita Harian.
Sazalye mengulas kenyataan Pengerusi Sangkar Razam semalam bahawa pihaknya akan menyampaikan hasrat bertanding di 25 kerusi pada PRN Sabah ke-17, kepada Presiden Anwar Ibrahim untuk dibincangkan dalam Pakatan Harapan.
Penggal pentadbiran kerajaan negeri dijangka tamat pada Oktober 2025, namun beberapa pihak telah membuat persediaan sekiranya pilihan raya diadakan lebih awal.
Di sebalik kenyataan Sangkar itu, Sazalye dipetik sebagai berkata “sebenarnya kita belum ada keputusan mengenai berapa jumlah kerusi kerana kita belum bermesyuarat lagi berhubung perkara itu.”
Pada PRN Sabah 2020, PKR menang dua kerusi iaitu DUN Inanam dan Api-Api.
Awal bulan ini, sekutu PKR iaitu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu mengumumkan ia mahu bertanding di beberapa kerusi selain mempertahankan DUN Kadamaian.
Penganalisis sudah menjangkakan permintaan itu memandangkan PRN Sabah 2020 menyaksikan penyertaan banyak parti politik, selain Pakatan Harapan, Warisan, dan Gabungan Rakyat Sabah.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu dipukul mati selepas kemalangan, 5 lelaki ditahan
- Rakyat Palestin diancam kebuluran
- Mahathir cari alasan, sedar dosa hilang wilayah tak boleh dimaaf
- Cuba kau pegang kepala, bukan ekor – Netizen
- Apakah krisis dalam LTAT?
- Sarawak berkabung 2 hari atas pemergian Taib
- Surat Lembaga Pengampunan tentang Najib bukan sulit – Shafee
- Isteri Daim ahli parti Muda
- Wajah Munkar dan Nakir ketika menyoal di dalam kubur
- 3 beranak ditemui mati tergantung di kipas, suami ditahan
- Kerajaan 9 Mawla Amin dipantau PDRM
- Remaja pandu pikap ‘Transformers’ seludup ketum
- Ini sebab Pierre Andre sudah 10 tahun hidup tanpa telefon
- Fatiya Latiff beri syarat berhenti ganggu Aiman Hakim
- Mengalahkan PMX Cik B punya bodyguard
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks
Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun