WHO bimbang keadaan di Hospital Nasser di Rafah
WHO bimbang keadaan di Hospital Nasser di Rafah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan mendalam terhadap arahan Israel untuk mengosongkan Hospital Nasser – hospital utama di bandar Khan Younis di Semenanjung Gaza, yang telah digunakan sebagai tempat perlindungan oleh penduduk Palestin dan kini berada di bawah kepungan Israel.
“Orang awam dibunuh, diperintah untuk memindahkan penduduk yang mencari perlindungan, tembok utara dirobohkan: Saya bimbang dengan apa yang dilaporkan berlaku di Kompleks Perubatan Nasser di #Gaza selepas dikepung selama kira-kira seminggu,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus melalui X.
Tentera rejim Israel dilaporkan telah memusnahkan kemudahan penyimpanan peralatan dan bekalan perubatan mengakibatkan akses ke hospital terhalang.
“Sekarang ini tiada koridor selamat untuk penduduk yang memerlukan bantuan kesihatan.
“Dua misi @WHO telah dinafikan dalam empat hari terakhir dan kami terputus hubungan dengan kakitangan hospital.
“Kami telah melihat sebelum ini bagaimana hospital kehilangan sumber dan akses menghentikan perkhidmatan menyelamatkan nyawa. Hospital Nasser adalah tulang belakang sistem kesihatan di selatan Gaza. Ia mesti dilindungi. Akses kemanusiaan mesti dibenarkan,” tegasnya.
Tanpa menyebut nama Israel, Ghebreyesus menggesa, “Hospital mesti dilindungi supaya mereka dapat menjalankan fungsi menyelamatkan nyawa mereka. Mereka tidak boleh ditenterakan atau diserang.”
Sejak 22 Januari, bandar Khan Younis telah menyaksikan pencerobohan darat besar-besaran Israel, memaksa puluhan ribu penduduk bandar itu meninggalkan kawasan mereka di bawah pengeboman besar Israel.
Israel telah menggempur Semenanjung Gaza sejak serangan 7 Oktober oleh kumpulan Palestin Hamas, membunuh sekurang-kurangnya 28,576 orang dan mencederakan 68,291 yang lain. .
Peperangan Israel ke atas Gaza telah mendorong 85% penduduk wilayah itu ke dalam perpindahan dalaman di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, manakala 60% daripada infrastruktur wilayah itu telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. AGENSI
WHO bimbang keadaan di Hospital Nasser di Rafah
Baca Artikel Menarik:
- Ali Puteh terpalit dengan tuduhan makan duit anak yatim
- DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful
- Rakyat meluat dengar formula, alasan Rafizi
- 15 tahun hidup tanpa suami
- Pendakwa raya ICC sangat bimbang pengeboman Rafah
- Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
- Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin
- Seth Uwais mula berubah sikap selepas bersekolah, Shila Amzah stres
- ‘Main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl, Taylor Swift dikecam peminat [VIDEO]
- Kasih seorang cucu, lelaki bonceng datuk sampai dalam wad kecemasan
- Lelaki warga Singapura pecahkan cermin kereta akhirnya dicekup
- Noor Nabila kata bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil Jebat
- Serangan besar-besaran Zionis di Rafah, Malaysia kecam Israel sekerasnya
- Barisan EXCO akan dirombak, diumum minggu depan – MB
- Pembangkang mahu kerajaan iktiraf ‘kabinet bayangan’, tuntut elaun bulanan RM5000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua
Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin
Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap
You must be logged in to post a comment.