Jokowi ucap tahniah kepada Prabowo


Jokowi ucap tahniah kepada Prabowo

Presiden Indonesia, Joko Widodo, mengucapkan tahniah kepada Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto, selepas kiraan tidak rasmi menunjukkan bekas komander pasukan khas itu memenangi pilihan raya presiden (PILPRES) minggu ini.

“Ya, secara peribadi malam tadi,” kata Presiden yang popular dengan panggilan Jokowi itu kepada media selepas ditanya sama ada beliau mengucapkan tahniah kepada Prabowo dan rakan sejawatnya.

Rakan sejawat Prabowo adalah anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, yang dijangka menjadi wakil presiden termuda dalam sejarah Indonesia.

Lewat malam tadi, Prabowo, 72, mengisytiharkan “kemenangan bagi semua rakyat Indonesia” di hadapan penyokong yang gembira selepas pengiraan cepat oleh agensi pengiraan bebas – yang tepat dalam pilihan raya sebelum ini – menunjukkan beliau sudah menguasai hampir 60 peratus daripada undi.

Pasaran Indonesia melonjak hasil kiraan yang jelas dan menyambut baik janji Prabowo untuk meneruskan dasar Jokowi dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Pasaran saham negara itu naik sehingga 2.2 peratus manakala rupiah mengukuh 0.3 peratus, yang terkuat dalam sebulan sebelum mengurangkan keuntungan.

Jurucakap bagi pesaing Prabowo, bekas gabenor Anies Baswedan dan Ganjar Pranowo, yang ketinggalan sekurang-kurangnya 33 mata dalam pengiraan, menegaskan mereka akan menyiasat dakwaan ‘penipuan sistematik dan besar-besaran’ tetapi belum memberikan bukti.

Berada di tempat kedua, Anies yang mendapat 25 peratus undi, mengatakan pasukannya akan menunggu keputusan rasmi dan menghormati pilihan rakyat.

Analisis bebas mengatakan tiada tanda-tanda penipuan dikesan dalam pilihan raya itu.

Jabatan Negara AS menyifatkan pemilihan kali ini sebagai “bukti ketahanan dan kekuatan komitmen rakyat Indonesia terhadap proses demokratik dan institusi pilihan raya”.

Pengiraan awal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum yang mengira 40 peratus undi meletakkan Prabowo di hadapan dengan penguasaan kira-kira 56 peratus.

Keputusan rasmi dijangka diumum pada 20 Mac dan jika disahkan, presiden dan wakil presiden baharu akan mengambil alih pentadbiran pada Oktober.

Jokowi tidak menyokong mana-mana calon secara langsung namun beberapa hari sebelum pemilihan dicemari oleh protes terhadapnya.

Beliau dikritik kerana didakwa campur tangan selepas tampil bersama Prabowo secara umum dan keputusan saat akhir mahkamah yang mengubah kriteria kelayakan bagi membolehkan anak lelaki Jokowi bertanding.

Jokowi dan sekutunya menafikan segala dakwaan campur tangan.

Prabowo berjanji meneruskan usaha Jokowi meletakkan ekonomi G20 yang kaya sumber sebagai pusat kenderaan elektrik, melanjutkan dorongan infrastruktur dan bantuan sosial besar-besaran, selain mencipta jutaan pekerjaan. BH

Jokowi ucap tahniah kepada Prabowo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker