Pesawat BK 160 Gabriel terhempas – Apa perlu kita tahu
Pesawat BK 160 Gabriel terhempas – Apa perlu kita tahu
Pesawat ringan model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, tengah hari tadi, mengorbankan juruterbang dan pembantunya.
Pesawat dengan nombor pendaftaran I-POOC, dikendalikan Air Adventure Flying Club itu difahamkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bagi tujuan penerbangan rekreasi.
Insiden itu berlaku kira-kira tujuh bulan selepas tragedi pesawat ringan jenis Beechcraft 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.
Nahas pada 17 Ogos tahun lalu itu mengorbankan 10 individu, termasuk orang awam yang kebetulan berada di lokasi insiden terbabit.
Berikut kronologi insiden babit pesawat model BK 160 Gabriel –
1.28 tengah hari: Pesawat berlepas dari LTSAAS
1.35 tengah hari: Pesawat kali terakhir dilaporkan berhubung dengan pegawai kawalan trafik udara, namun difahamkan tidak ada panggilan kecemasan diterima.
1.56 tengah hari: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan menerima laporan mengenai kebakaran membabitkan pesawat `Aviation Safety Technology’
3.30 petang petang: Seorang saksi, Jinaidi Nasiran dilaporkan melihat pesawat hilang kawalan sebelum terjunam, disusuli bunyi dentuman kuat. Pesawat kemudian dilihat terbenam dalam tanah.
4 petang: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan.
5.25 petang: Empat individu dipercayai waris mangsa pesawat terhempas dilihat tiba di lokasi kejadian.
6.45 petang: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pesawat sedang menjalani latihan penerbangan rekreasi ketika insiden manakala juruterbang maut dikenalpasti sebagai sebagai Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantunya, Roshaan Singh Raina, 42.
7.55 malam: Mayat Daniel dan Roshaan berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman.
Spesifikasi pesawat terhempas –
*Keluaran sebuah syarikat pesawat di Itali, iaitu Blackshape yang ditubuhkan pada 2011.
*Menerusi maklumat laman web Blackshape, pesawat jenis BK160 adalah satu-satunya pesawat yang direka khusus untuk tujuan latihan sejak 50 tahun lalu.
*Pesawat direka untuk menawarkan fleksibiliti operasi, penginapan kru yang selesa dan penglihatan luar biasa.
*Ia dilengkapi persekitaran kokpit kaca moden dengan dwi kawalan dan berkemampuan untuk prestasi terbaik dan kualiti penerbangan.
*Pada 2019, pesawat dua tempat duduk ini mendapat pensijilan daripadaAgensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).
*Reka bentuk aerodinamik sayapnya memberikan prestasi cemerlang pada kelajuan tinggi dan bagi tahap terminal yang rendah. Ia juga menghasilkan ciri keselamatan dan penerbangan yang cemerlang dengan reka bentuk pemasangan struktur dan sistem yang teguh.
*Aras kelajuan maksimum pesawat ini adalah 296 kilometer sejam (km/j).
*Ketinggian pesawat ini secara keseluruhannya adalah 245 meter manakala panjangnya 744 meter. BH
Pesawat BK 160 Gabriel terhempas – Apa perlu kita tahu
Baca Artikel Menarik:
- Ali Puteh terpalit dengan tuduhan makan duit anak yatim
- DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful
- Rakyat meluat dengar formula, alasan Rafizi
- 15 tahun hidup tanpa suami
- Pendakwa raya ICC sangat bimbang pengeboman Rafah
- Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
- Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin
- Seth Uwais mula berubah sikap selepas bersekolah, Shila Amzah stres
- ‘Main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl, Taylor Swift dikecam peminat [VIDEO]
- Kasih seorang cucu, lelaki bonceng datuk sampai dalam wad kecemasan
- Lelaki warga Singapura pecahkan cermin kereta akhirnya dicekup
- Noor Nabila kata bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil Jebat
- Serangan besar-besaran Zionis di Rafah, Malaysia kecam Israel sekerasnya
- Barisan EXCO akan dirombak, diumum minggu depan – MB
- Pembangkang mahu kerajaan iktiraf ‘kabinet bayangan’, tuntut elaun bulanan RM5000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua
Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap
You must be logged in to post a comment.