Kita ‘move on’, tutup cerita – Nga Kor Ming

Isu Kampung Baru Cina dicalonkan sebagai tapak warisan.

Kita ‘move on’, tutup cerita – Nga Kor Ming

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan memanjangkan lagi isu berhubung cadangan pencalonan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).

Beliau juga enggan mengulas sebarang isu berkaitannya ketika ditemui media selepas merasmikan pembangunan landskap persekitaran kehidupan di Taman Woodlands, Bandar Baru Tambun di sini.

Malah, beliau menyatakan sudah bergerak ke hadapan (move on) daripada menjadikannya isu supaya tidak disalah tafsir mana-mana pihak.

“Janganlah… Saya tahu, saya komen satu perkataan sahaja lari tajuk (tafsiran lari).

“Itu ‘story’ (isu) pun sudah tutup… kita ‘move on’, tak jadi isu pun… Tiada isu,” katanya.

Ahad lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata beliau tidak pernah dihubungi oleh Nga untuk berbincang mengenai isu pencalonan kampung baru Cina itu, selain menyatakan beliau juga tidak tahu menahu siapakah pemimpin Umno yang didakwa sudah dihubungi Nga berhubung perkara itu.

Ahmad Zahid menyatakan parti yang dipimpinnya itu tetap dengan pendirian menolak keras cadangan Nga yang juga Naib Pengerusi DAP itu sebagaimana kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum itu lagi.

Asyraf Wajdi sebelumnya dilapor berkata cadangan Nga itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu. HM

Kita ‘move on’, tutup cerita – Nga Kor Ming

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker