FBI ada tauliah ceramah
Faizal Bin Ismail mulakan aktiviti ceramah motivasi sejak 2022.
FBI ada tauliah ceramah
ILMU tidak pernah habis untuk dicari. Bahkan, ia akan terus-menerus dicari dan digunakan seperti dilakukan penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail atau FBI.
Ditauliahkan sebagai penceramah D4 (tauliah mengajar bidang khas) oleh Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Faizal kini berkelayakan untuk berkongsi ilmu.
“Semuanya bermula sekitar tiga tahun lalu, ketika saya masih dalam fasa berhijrah. Saya dapat tauliah daripada Mais selepas dicadangkan oleh ustaz yang mengajar di pondok tempat saya belajar di Madrasah Bukit Belimbing, Kuala Selangor.
“Tauliah ini ada banyak jenis dan apabila saya memohon, mereka cadangkan saya dapatkan tauliah D4 yang berbentuk motivasi.
“Ia masih berkonsepkan ceramah, kuliah dan tazkirah. Tetapi, saya hanya boleh menyampaikannya dalam bentuk motivasi untuk mengajak orang datang ke masjid dan melakukan kebaikan.
“Pada masa sama, itu juga adalah satu bentuk dakwah daripada saya. Tapi, saya tak boleh sentuh bab pengajaran kitab atau hadis. Jadi, sejak 2022 saya dah mulakan aktiviti ini,” katanya.
Ditanya mengenai rutin jadualnya sebagai penceramah, Faizal berkata, tawarannya datang bermusim.
“Program membabitkan saya boleh dikatakan bermusim dan bergantung kepada hari yang besar dalam kalendar Islam. Contohnya, Maulidur Rasul, Nuzul Quran dan menjelang Ramadan, banyak jemputan yang saya terima dari surau dan masjid untuk berikan tazkirah.
“Ada juga program yang diadakan di universiti dan sekolah dan lokasi persendirian. Cumanya kalau untuk di surau atas masjid, perlukan tauliah,” katanya.
Ditanya sama ada dia merancang melanjutkan bagi mendapatkan tauliah ke peringkat lebih tinggi, Faizal berkata, ia memerlukan kudrat dan tumpuan penuh.
“Kalau ditanya sama ada saya nak lanjutkan bagi mendapatkan tauliah di peringkat seterusnya seperti D3, D2 atau D1, ia perlu datang dengan ilmu dan prosesnya tidak mudah.
“Bukan sekadar kena belajar asas agama, tetapi kena faham masalah masyarakat setempat juga. Tambahan pula, saya bukan pelajar yang ada latar belakang agama, tapi ada sedikit pengetahuan kerana latar belakang keluarga saya tekankan bab agama.
“Andai kata saya nak lanjutkan lagi untuk dapatkan tauliah peringkat selanjutnya, saya kena berhenti kerja sebagai pengacara dan penyampai radio terlebih dulu dan tumpukan sepenuh perhatian.
“Jadi, setakat ini cukup ruang motivasi saya untuk mengajak pendengar di radio atau mereka yang menyaksikan saya mengendalikan program.
“Saya dapat bagi pesanan positif untuk ajak mereka lakukan kebaikan. Kalau ada yang terjentik hatinya, dah ada kebaikan untuk saya,” katanya.
Terbaharu, Faizal akan mengacarakan acara Majlis Makan Malam Kesadaran Amal Al-Muqwa yang berlangsung di MBSA Convention Centre, Shah Alam, Sabtu ini dan bergandingan dengan rakan pengacara, Mawi. HM
FBI ada tauliah ceramah
Baca Artikel Menarik:
- Ali Puteh terpalit dengan tuduhan makan duit anak yatim
- DAP makin berani tapi UMNO bukan tunggul kayu – Shaiful
- Rakyat meluat dengar formula, alasan Rafizi
- 15 tahun hidup tanpa suami
- Pendakwa raya ICC sangat bimbang pengeboman Rafah
- Pemuda Umno tawarkan Nga pembelajaran sejarah Tanah Melayu
- Kem dalam Bersatu kerana tak yakin dengan Muhyiddin
- Seth Uwais mula berubah sikap selepas bersekolah, Shila Amzah stres
- ‘Main lidah’ selepas kekasih menang Super Bowl, Taylor Swift dikecam peminat [VIDEO]
- Kasih seorang cucu, lelaki bonceng datuk sampai dalam wad kecemasan
- Lelaki warga Singapura pecahkan cermin kereta akhirnya dicekup
- Noor Nabila kata bila-bila masa Sharnaaz boleh ambil Jebat
- Serangan besar-besaran Zionis di Rafah, Malaysia kecam Israel sekerasnya
- Barisan EXCO akan dirombak, diumum minggu depan – MB
- Pembangkang mahu kerajaan iktiraf ‘kabinet bayangan’, tuntut elaun bulanan RM5000
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua
Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap
You must be logged in to post a comment.