Alasan Pandelela tutup kegagalan – MAS

Alasan Pandelela tutup kegagalan – MAS

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong seharusnya tidak memberikan pelbagai alasan susulan kegagalannya layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar, minggu lalu.

Semalam, Pandelela yang terlepas tiket ke Paris dalam acara 10 meter (m) platform individu dan 10m platform seirama bersama Nur Dhabitah Sabri mendedahkan ada kemelut dalaman yang berlaku dalam kem terjun negara sekali gus menjadi punca terhadap prestasi hambar penerjun negara di Doha.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low menyifatkan ia hanyalah alasan bagi menutup kegagalan di Doha kerana pihaknya tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum kejohanan berlangsung.

“Sejak kita ambil alih, kami ada bertemu dengan atlet, tiga atau empat kali. Ketika latihan pun kami ada berbincang, kami juga ada beritahu sekiranya ada masalah boleh jumpa kami.

“Bila tanya ada masalah atau tidak, semua kata tiada masalah.

“Bagi saya ini adalah lumrah manusia biasa, bila sudah gagal, cuba bagi alasan… tolak kiri kanan.

“Kami memang tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Pandelela itu tetapi selepas ini kami akan siasat. Kami akan panggil dia dan bersemuka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dakwaan ini,” kata Andy kepada BH Sukan.

Sementara itu, ditanya mengenai hasrat Pandelela yang masih belum mahu bersara, beliau berkata persatuan tetap menghormati pendirian bekas pemenang pingat gangsa dan perak Sukan Olimpik itu.

“Tidak ada masalah itu hak rakyat, anda tidak mahu bersara mahu ‘loncat’ sampai 60 tahun pun saya terima tetapi bila ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan MAS anda tidak boleh capai, anda tahu pintu itu di mana.

“Tak perlu kita halau, kita halau kata orang tak elok, dia pun sudah banyak naikkan nama Malaysia tetapi bila anda bukan lagi dalam keadaan seperti dulu, harus sedar diri, kalau dia mahu cakap macam itu kita guna KPI, setiap tahun anda mesti capai KPI, kalau tidak boleh capai tidak boleh salahkan kami,” katanya. BH

Alasan Pandelela tutup kegagalan – MAS

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker