Umno tolak cadangan Nga calonkan Kampung Baru Cina
Umno tolak cadangan Nga calonkan Kampung Baru Cina
Umno menolak cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming bagi mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, walaupun tujuannya untuk memperkasakan sektor pelancongan, tetapi parti itu berpandangan implikasi terhadap cadangan terlalu besar dan menyentuh kedudukan Melayu-Bumiputera secara tidak langsung.
“Apabila sesebuah kawasan itu diiktiraf sebagai tapak warisan dunia, maka secara automatik penduduk yang menghuni kawasan itu akan dianggap sebagai orang asal dan segala aspek berkaitan pendidikan, budaya dan bahasa akan turut diperakukan.
“Ini sudah tentulah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya Bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Nga dilaporkan berkata, cadangan mencalonkan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bagi mengiktiraf kepentingan budaya dan sejarah perkampungan itu yang diasaskan sejak 76 tahun lalu.
Katanya, perkara itu akan dibincangkan lebih terperinci dengan kerajaan Selangor.
Pada Jun tahun lalu, Nga juga mencalonkan tujuh kampung baru di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Melaka dan Johor sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, Nga perlu memahami isu tanah adalah isu maruah dan kedaulatan yang tiada tolak ansur bagi orang Melayu.
Katanya, cadangan seumpama itu hanya akan merosakkan keharmonian Kerajaan Perpaduan, mencetuskan polemik tidak perlu dalam kalangan rakyat, bahkan tidak selari dengan dasar Malaysia Madani yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Umno kekal dengan prinsip sebagai benteng Melayu-Bumiputera dalam kerajaan. Kami tidak akan sesekali membenarkan sebarang isu yang mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat dan membelakangkan hak setiap kaum yang telah dipaterikan dalam Perlembagaan,” katanya. HM
Umno tolak cadangan Nga calonkan Kampung Baru Cina
Baca Artikel Menarik:
- Kahwin senyap-senyap, satu sen hartaku tak akan dapat
- Tak suruh cerai pun – Abby Abadi
- Mayat pekerja ladang hilang ditemui dalam perut buaya
- Curi motosikal di kampung boleh didakwa, takkan orang tua curi berbilion tak boleh?
- Petisyen enakmen jenayah syariah, ini penjelasan Ketua Hakim Negara
- Kerajaan Kelantan tewas, 16 peruntukan enakmen syariah Kelantan dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan
- Kereta menteri ikut rapat ambulans, pemandu disoal siasat Polis
- Kumpul dokumen harta 43 tahun, Mokhzani dan Mirzan mahu SPRM bersabar
- Anak pemimpin politik didakwa lakukan amang seksual
- Daim disyaki ada banyak lagi harta belum diisytihar – SPRM
- Elvina Mohamad kena tindih
- Mikail Ghazali ikut langkah Johan Ghazali
- Reaksi Abby Abadi mengenai pernikahan Marissa di Thailand
- Peguam Najib dedahkan Lembaga Pengampunan dan Agong berbeza pendapat
- Kenyataan Hadi penuh bongkak, sombong – Saifuddin
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kecantikan Marissa bikin ramai cair