Anwar tekad mahu polis ubah imej

MELAKA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyeru seluruh warga polis untuk menambah baik peranan masing-masing dalam menjaga keamanan negara serta mengembalikan integriti agensi keselamatan itu.

Beliau berkata polis memerlukan ketangkasan dan kecekapan dalam pasukannya dengan tahap kredibiliti pegawainya yang lebih profesional serta mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kelompok kecil yang merosakkan imej polis.

Anwar berkata ini kerana polis dilihat sebagai benteng pertahanan utama domestik untuk mengangkat martabat negara.



“Ketua polis negara beberapa hari lalu menyergah kuat pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa. Dia (ketua polis negara) maklum saya bahawa jumlah ini kecil, walaupun jumlahnya kecil ia memberi imej buruk kepada polis keseluruhannya.

“Saya minta kerjasama polis perbaiki, cuba ubah imej dan sistem negara kita ini. Negara kita ini punyai rekod cemerlang dalam banyak hal tetapi negara kita juga tercemar dengan imej salah guna kuasa dan rasuah yang mencalar,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra di IPD Melaka Tengah.

Selain mengingatkan bahawa amalan yang menjurus kepada ketirisan perlu dihentikan, Anwar juga menggesa semua badan penguatkuasaan termasuk polis untuk cuba menyelamatkan dana negara yang telah hilang dan mengembalikannya kepada rakyat.

“Badan penguatkuasaan polis, APMM (Maritim Malaysia), dan Kastam mana-mana saja mesti tahu selamatkan dana dan kita pulangkan balik (dana) kepada rakyat. Jangan fikir pulang kepada pimpinan… saya mahu pemimpin turun ke bawah tengok sendiri dan kena ambil perhatian tentang apa yang berlaku di bawah.



“Dana tidak cukup maka kena selamatkan negara ini. Maka, tolonglah faham kenapa saya keras bab ini (ketirisan). Saya tidak mahu tolak ansur kerana saya nak selamatkan negara ini dan negara boleh kumpul RM10 bilion ke RM15 bilion kalau kita selamatkan (daripada ketirisan),” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang

Vida geram Marissa jadi penyondol



Kecantikan Marissa bikin ramai cair

Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker