Penumpang cuba buka pintu ketika pesawat berlepas

Seorang pelancong dari Kanada cuba membuka pintu keluar ketika pesawat dinaikinya bersiap sedia untuk berlepas dari sebuah lapangan terbang di Thailand, lapor akhbar Metro UK.

Wong Sai Heung, 40, mengalami serangan panik ketika pesawat Thai Airways memulakan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai kelmarin.

Kejadian itu berlaku ketika pintu sudah ditutup, manakala pesawat berkenaan sudah mula bergerak di landasan dalam perjalanan menuju ke Bangkok.



Heung dikatakan menjerit dan meminta pramugari membuka pintu pesawat tersebut. Dia berlari ke arah pintu dan menolaknya sehingga menyebabkan gelongsor kecemasan terbuka di atas landasan.

Dia kemudian dihantar semula ke tempat duduknya oleh kakitangan sebelum ditahan polis.

“Saya sangat paranoid dan mempunyai kebimbangan, ia adalah perkara yang saya alami kali terakhir dalam perjalanan ke Vietnam. Saya tidak sihat,” katanya.

Penerbangan itu kemudian dibatalkan sehingga memaksa penumpang lain tinggal di hotel sementara  menunggu penerbangan mereka dijadualkan semula. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rafizi yang akan ‘terbakar’ jika terus temberang



Vida geram Marissa jadi penyondol

Kecantikan Marissa bikin ramai cair



Rekod Nasi Kandar Sulaiman pecah lagi, kali ini RM222



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker