Majlis pertunangan berganti kenduri arwah
Majlis pertunangan berganti kenduri arwah
Kuala Nerus: “Majlis (bertunang) terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis kenduri arwah,” kata Din Ismail, 68, bapa kepada Allahyarham Ahmad Yusuf yang lemas di Sungai Terengganu dekat Kampung Bukit Tumbuh, di sini, tengah malam tadi.
Allahyarham Ahmad Yusuf, 24, sebelum ini bakal melangsungkan pertunangan Sabtu ini.
Din berkata, semua persiapan majlis di pihak keluarga perempuan di Kampung Paloh, Kuala Terengganu sudah diatur namun terpaksa dibatalkan.
Menurutnya, jenazah anak ke-10 daripada 12 beradik itu disembahyangkan di masjid kampung berkenaan kira-kira 150 meter dari rumahnya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Kampung Bukit Tumbuh selepas solat Zohor.
Menceritakan mengenai kejadian itu, Din yang mengusahakan kilang menerap batik berkata, arwah anaknya dikatakan setiap malam bermain bot kawalan jauh di sungai bersama rakan karibnya yang tinggal berjiran selepas menunaikan solat Isyak.
“Sudah ajal dia malam tadi sebab malam-malam sebelum ni pun dia pernah bermain bot (kawalan jauh) bersama rakan karibnya. Nak jadi asbab bot dia mengalami kerosakan dan hanyut jauh dari jeti menyebabkan dia terpaksa berenang untuk mengambil bot itu.
“Arwah dikatakan sudah berjaya mencapai botnya tetapi pada masa sama dia mengalami kekejangan otot.
“Walaupun sedih dengan pemergiannya yang secara tiba-tiba, namun semua yang berlaku adalah ketentuan Allah.
“Sebelum ini arwah jarang ke kawasan sungai tetapi disebabkan hobi barunya (bermain bot kawalan jauh) sejak tiga bulan lalu, arwah boleh dikatakan kerap ke kawasan sungai bersama rakannya,” katanya yang juga ahli jemaah tabligh.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada di Masjid Kampung Tok Ku, Chabang Tiga, Kuala Terengganu kerana mengikuti jemaah tabligh dari Jawa Tengah, Indonesia di masjid berkenaan sehingga esok.
“Saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh rakan anak yang datang ke masjid jam 11 malam selepas gagal menghubungi saya menerusi telefon.
“Kebetulan telefon saya tertinggal dalam kereta dan segera pulang selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu.
“Alhamdulillah, syukur kerana mayat anak ditemukan dengan cepat. Kami sangat berterima kasih kepada pasukan bomba dan penyelamat serta lain-lain agensi lain serta penduduk kerana bertungkus-lumus mencari anak sehingga mayatnya ditemui,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, keseronokan dua sahabat bermain bot kawalan jauh di Sungai Terengganu berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka lemas jam 12.56 tengah malam tadi.
Mangsa dipercayai lemas selepas mengalami kekejangan otot ketika berenang untuk mengambil bot kawalan jauh miliknya yang mengalami kerosakan.
Rakan arwah, Muhammad Danial Hafriz Abdul Halim, 26, yang melihat kejadian cuba menyelamatkan arwah namun gagal dan hampir lemas sebelum berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian. HM
Majlis pertunangan berganti kenduri arwah
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET