Awang Geman dan Mek Mela berjaya ditangkap
Awang Geman dan Mek Mela berjaya ditangkap
LIPIS – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang berjaya memindahkan dua ekor gajah liar yang sering berkeliaran dan memusnahkan tanaman penduduk di Kampung Gemunchor, Mukim Cheka Satu dekat sini.
Penolong Pegawai Hidupan Liar Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Muhammad Ashraf Naim Zambri berkata, gajah jantan yang diberi nama ‘Awang Geman’ berusia kira-kira 30 tahun dan memiliki berat sekitar 2.5 tan berjaya ditangkap Jumaat lalu kira-kira pukul 9 pagi.
“Gajah betina yang diberi nama ‘Mek Mela’ berusia sekitar 20 tahun pula ditangkap pada hari Sabtu lalu sekitar pukul 9 pagi.
“Gajah denak iaitu Kasturi dan Cheri yang didatangkan dari PKGK Kuala Gandah memainkan peranan mengiringi serta mengawal gajah liar itu untuk dibawa naik ke atas lori sebelum dibawa keluar daripada Kampung Gemunchor,” katanya di Balai Raya Kampung Gemunchor, Mukim Cheka Satu dekat sini hari ini.
Muhammad Ashraf yang juga ketua operasi berkata, proses memindahkan gajah berkenaan dijalankan cukup rapi dan kedua-dua gajah liar berkenaan berada dalam keadaan sihat serta tidak cedera.
Menurutnya, pemasangan mikrocip dan pengukuran morfologi telah dilakukan sebelum melepaskan kedua-dua gajah liar berkenaan ke habitat asal yang jauh dari orang ramai.
“Pada 31 Januari yang lalu kita telah berjaya menangkap seekor gajah liar yang diberi nama ‘Awang Chur’ dan ia telah dipindahkan ke Hutan Simpan Tembat, Hulu Terengganu di Terengganu. Kita percaya kesemua gajah liar ini adalah daripada kumpulan yang sama,” jelasnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Gemunchor, Roslan Idris berkata, pihaknya percaya gajah berkenaan daripada kumpulan gajah liar daripada Hutan Simpan Hulu Tembeling yang memasuki kawasan kampung bagi mencari makanan. K Online
Awang Geman dan Mek Mela berjaya ditangkap
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kalau tak dapat, saya naik hantu – Nabila Huda