Jualan RM1 juta dalam 3 minit, ini kata Ogy kepada Khairul Aming
Jualan RM1 juta dalam 3 minit, ini kata Ogy kepada Khairul Aming
Sebelum ini, pada 29 Januari lalu, Khairul Aming mendedahkan beliau bakal mengeluarkan produk terbaharu yang akan melengkapi Sambal Nyet Berapi.
Khairul Aming memaklumkan, Dendeng Nyet Berapi mengambil masa selama setahun untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan memerlukan modal sebanyak RM2 juta bagi persiapan mesin serta pengubahsuaian kilang.
Menerusi hantaran lain, Khairul Aming mengharapkan agar orang ramai menyukai produk terbaharu itu.
Pada jumaat yang lepas, produk terbaharu pempengaruh media sosial itu iaitu Dendeng Nyet Berapi terjual sebanyak RM1.2 juta hanya dalam tiga minit.
Khairul Aming sebelum ini menerusi perkongsian di media sosial mendedahkan produk berkenaan menjadi jualan terpantas dalam di TikTokShop Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 80,000 unit.
Kita berjaya lakukannya. Jualan RM1.2 juta terpantas di TikTokShop Malaysia. Dengan jumlah 80,000 unit Dendeng Nyet Berapi terjual dalam masa tiga minit.
Saya bersyukur di atas segala sokongan yang diberikan sejak tiga tahun lalu. Terima kasih semua
Khairul Aming turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada peminatnya dan pembeli kerana sentiasa menyokongnya selama tiga tahun dalam bidang tersebut.
Atas kejayaan itu, pelakon dan pengarah versatil, Fauziah Ahmad Daud turut memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya mengenai kejayaan Khairul Aming itu.
Kamu memberi inspirasi kepada saya. Contoh teladan yang bagus dan merendah diri.
Tahniah En. Khairul Aming. Terus maju dan sukses Kak Ogy doakan ya.
Amat bangga dengan pencapaian En Khairul. Alhamdulillah.
Tulisnya, dia sangat berbangga melihat kejayaan Khairul Amin dan menjadi inspirasi buat Kak Ogy. Malah Kak Ogy juga turut mendoakan agar Khairul Aming semoga terus maju dan berjaya.
Jualan RM1 juta dalam 3 minit, ini kata Ogy kepada Khairul Aming
Baca Artikel Menarik:
- Maut selepas cabut gigi
- Jangan sampai kami cadangkan UMNO tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan
- Anwar cabar pembangkang bongkar salah laku kerajaan
- 5 anggota polis ditahan disyaki peras ugut pekerja kilang
- Latheefa dakwa Anwar salahkan Agong
- Saya tak lena tidur selagi tiada penjelasan polis
- Noh boleh cari saya – Essam
- Saya buat kerja gila – Azizulhasni
- Polis peronda dilanggar lari
- Tony Pua ‘menjawab’ kepada Bukit Aman ditemani Guan Eng
- Lantikan Syed Hussin ‘tamparan’ buat pembangkang
- UMNO berhak – Anwar
- Tony Pua sindir IGP
- Gerakan ‘ketua bahagian’ mahu gulingkan Zahid sebagai Presiden UMNO dinafikan
- Najib amat sedih dan kecewa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET