Yana yakin Najib akan kembali ke pangkuan keluarga

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin akan ada peluang untuk beliau kembali bersama ke pangkuan keluarga selepas gagal mendapat pengampunan penuh.

Perkara tersebut diceritakan oleh anaknya, Nooryana Najwa Najib menerusi satu hantaran di Instagram sesudah melawat bapanya di Penjara Kajang, semalam.

Ujar Exco Pergerakan Puteri UMNO itu, ketika baru tiba, dia melihat bapanya memegang kertas keputusan Lembaga Pengampunan dengan riak wajah yang sangat mengecewakan.



“Yana tanya, ‘apa perasaan Daddy’, Daddy jawab, ‘kecewa, sangat-sangat kecewa. Tahu tak perasaan dimana kita dalam terkejut dan tiada siapa yang boleh bercakap dengan kita. Hilang dalam pemikiran sendiri, secara bersendirian’.

“Yana lihat matanya agak letih. Mungkin Daddy tak cukup tidur, merenung keputusan yang diumumkan semalam kerana kemungkinan beliau akan dikurung selama, empat, lima tahun lagi.

“Lima hari DSN (Datuk Seri Najib) menunggu dengan penuh harapan. Semua di sekeliling Daddy memberi kata-kata semangat ‘Insya-Allah Datuk, sikit masa saja lagi’,” tulisnya.

Tambah Nooryana, Najib juga bercadang untuk menziarahi kubur Allahyarham ibu bapanya setelah diberikan kebebasan namun kini tidak kesampaian dan terpaksa menanamkan hasratnya itu.



Katanya, pada hari sebelum Najib ke mahkamah juga, semua pengawal penjara menganggap itu adalah kali terakhir mereka bertemu dengan bekas Presiden UMNO itu kerana menganggap beliau akan diberikan pengampunan penuh.

“Pada pagi isnin 29 Januari, pada hari mesyuarat Lembaga Pengampunan, sebelum Daddy ke mahkamah, pengawal penjara fikir ini kali terakhir mereka akan jumpa dengan DSN, mendoakan yang terbaik untuknya.

“DSN juga beritahu mereka yang beliau ingin menziarahi kubur ayahanda dan bondanya setelah diberikan kebebasan. Tidak kesampaian,” katanya.

Dalam pada itu, Nooryana berkata, satu petisyen pengampunan diwujudkan bagi mendapatkan keadilan sewajarnya untuk Najib bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd.



Katanya, sebelum pulang, Najib juga sempat berpesan kepadanya untuk terus kekal positif dan yakin bahawa suatu hari mereka sekeluarga akan bersama kembali.

“Dia dihukum kerana memberikan duit kepada kebajikan. Dia dihukum kerana perlukan lebih masa untuk buktikan dirinya tidak bersalah. Dia dihukum kerana darahnya UMNO dan tidak akan berundur untuk parti itu. Dia dihukum kerana dia Bossku, kerana dia Najib Razak.

“Sebelum Yana pulang tadi, DSN pesan ‘jaga diri baik-baik, stay positif. Akan ada peluang dan harinya kami bersama kembali’

“DSN tahu ramai sahabat dan penyokongnya yang sedih dan kecewa. Percayalah, DSN sedang buat apa yang terdaya dan apa yang mampu, untuk kembali bersama semua,” katanya.



Najib yang sedang menjalani hukuman penjara ketika ini akan dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-16 dalam satu kenyataan, kelmarin.

Menurut kenyataan itu, sebanyak lima kertas pengampunan termasuk permohonan Najib dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang Di Pertuan Agong ke-16, AI-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut

Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker