Sharifah Amani akhirnya hamil anak sulung

Rumah tangga pelakon Sharifah Aman dan suaminya, Ahmed Faris Amir yang berusia dua tahun, bakal diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.

Amani atau nama sebenar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, berkongsi berita kehamilan ini menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram (IG).

Klip video itu memaparkan reaksi suaminya, keluarga Amani dan rakan-rakan rapat apabila menerima perkhabaran gembira itu.



Mereka terkejut dan sebak menerima berita gembira ini.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di keterangan gambar.

Menerusi video itu juga, Amani kelihatan menunjukkan bahagian perutnya yang semakin membesar atau ‘baby bump’.

Perkongsian ini kemudian dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Alif Satar, Nadia Aqilah, Raja Ilya, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak dan Haiza Hanafi.



Amani tidak ketinggalan turut menerima ucapan dari peminat di IG.

Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.

Mereka disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker