Azizulhasni juara sebenar Malaysia – Beasley [VIDEO]
KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal skuad berbasikal negara, John Beasley menyifatkan Datuk Azizulhasni Awang sebagai juara Malaysia yang sebenar selepas kejayaannya memenangi pingat emas acara keirin di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia, semalam.
Beasley berkata, pencapaian dilakar pelumba berusia 36 tahun itu adalah sesuatu yang menakjubkan mengambil kira Azizulhasni dibelenggu dengan masalah kesihatan berkaitan jantungnya sebelum ini.
Katanya, dia langsung tidak menyangka kejayaan yang dicapai Azizulhasni itu kerana pada awalnya dia merasakan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu tidak mampu untuk berlumba di Adelaide apatah lagi muncul juara.
“Tidak banyak boleh saya perkatakan, ia sesuatu yang menakjubkan. Dia adalah juara Malaysia yang sebenar.
“Beberapa hari lalu saya boleh katakan yang dia tidak berada pada tahap terbaik untuk berlumba, saya sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh melakukannya (muncul juara).
“Kami terpaksa menyusun strategi yang berbeza (disebabkan tahap kesihatan Azizulhasni) dan ia menghasilkan keputusan yang positif,” kata Beasley.
Beasley sebelum ini mendedahkan yang penyertaan Azizulhasni di Adelaide akan dipantau rapi selepas dia perlu mengambil ubat perikarditis – ubatan yang berkaitan dengan jantungnya sejak beberapa minggu lalu.
Perikarditis adalah keradangan perikardium dan boleh menyebabkan cecair berkumpul di dalam karung perikardium.
Cecair yang berlebihan itu boleh mengakibatkan tamponad kardium dengan menghalang jantung daripada berdegup dengan betul atau menekan pembuluh jantung secara fizikal.
Pada April 2022, Azizulhasni terpaksa menjalani pembedahan jantung terbuka susulan disahkan mengalami masalah jantung jarang ditemui dikenali sebagai arteri koronari kanan yang menyalur dari aorta di posisi janggal/ganjil (AAORCA) di Hospital Epworth Richmond, Melbourne.
Azizulhasni mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengatasi dua pelumba Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota yang masing-masing menamatkan saingan di tempat kedua dan ketiga pada perlumbaan di Adelaide Super-Drome, semalam.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Hukuman Najib dikurangkan, bakal bebas pada 2028
- Kami akan kembali – Pasangan YouTuber UK
- Ini cara saya balas dendam kerana ditinggalkan tunang
- Ini cara saya mencari rezeki – Kak KM
- ‘Bersemut’ tengok Zahirah Macwilson dengan Aiman
- Rohingya ceroboh masuk rumah
- Reaksi netizen terhadap 131 tahanan lolos
- Ayob Khan berdakwah dari pentas multaqa
- Sarjan polis direman kali kedua atas dakwaan rogol mangsa lain
- Pekerja kencing di longkang, restoran mamak kotor diarah tutup kali ketiga
- Pakar sahkan ‘perubatan alternatif’ antara penyumbang kematian akibat kanser
- Pengampunan Najib, Mukhriz ‘pening’
- Kongsi keputusan peperiksaan anak, wanita dikecam netizen
- Shaiful bidas Hassan Karim
- Hubungan Muhyiddin dan Hadi ‘tidak seindah’ dahulu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akim diganggu perempuan miang nak menyondol
You must be logged in to post a comment.