Saliran kolam renang banglo bocor punca tanah runtuh di Bangsar

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah banglo tiga tingkat dilaporkan berlaku di Jalan Taman Pantai, Taman Bukit Pantai, Bangsar, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pukul 10.45 pagi tadi.

Seramai 17 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan BBP Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.



Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mustafa Kama Mohd Arih, pemeriksaan awal mendapati runtuhan tanah berkemungkinan daripada kebocoran saliran air kolam renang unit rumah bahagian atas.

“Kerja-kerja mengosongkan sisa air kolam renang dilakukan oleh pasukan bomba bagi mengelakkan tanah semakin lembap kerana ia berpotensi berlakunya pergerakan atau hakisan tanah.

“Tiada mangsa yang terperangkap dan (tiada) struktur rumah terlibat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kes ini diserahkan kepada Unit Cerun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis dan pihak kontraktor rumah untuk tindakan lanjut.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker