Pecat menteri PKR yang gagal dalam kabinet

Pemimpin Umno meminta wakil rakyat PKR Hassan Karim “cermin diri sendiri” sebelum meminta Umno mencari presiden baru menggantikan Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata jika Hasan rasa PKR terpalit dengan Umno, begitu juga sebaliknya Umno terpalit dengan kegagalan menteri PKR.

“Ada juga pandangan Hassan Karim yang bagus. Tetapi bila dia minta Zahid diganti ia amat keterlaluan. Hassan patut cermin diri sendiri.



“Sepatutnya dia desak PMX (Anwar Ibrahim) tukar menteri PKR yang tidak ‘perform’. Apa kejayaan Rafizi (Ramli) untuk ekonomi rakyat. Setakat daftar Padu?

“Jangan lupa Premier Sarawak (Abang Johari Openg) juga memberi komen negatif terhadap menteri pendidikan dari PKR. Patut Hassan desak PMX buat penilaian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semalam, FMT melaporkan Hassan berpendapat Umno perlu diterajui muka baru, tidak hanya “menumpang dahan” Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar yang diakuinya “rapuh” dalam berdepan PRU16.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu, rombakan pemimpin baru yang segar, berintegriti dan berkarisma penting untuk mendapatkan undi Melayu – kumpulan sokongan paling corot diterima gabungan PH-BN kini.



Dari segi sokongan orang bukan Melayu, Hassan berkata gabungan PKR, Amanah, serta DAP yang menjadi anggota penting kerajaan perpaduan telah teruji dan bakal terus menikmatinya dengan syarat PH tidak “gila kuasa” sehingga lupa agenda progresif untuk membawa reformasi.

“(Yang) menjadi masalah kepada PH-BN ialah kemerosotan sokongan Melayu yang boleh diatasi jika Umno dapat membawa sokongan Melayu kepada gabungan itu.

“Dalam keadaan sekarang sukar selagi Umno dipimpin presidennya Zahid Hamidi. Selagi Zahid memimpin Umno, orang Melayu sukar kembali menyokong Umno, BN atau PH-BN,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Puad mengingatkan Hasan supaya tidak mencampuri urusan Umno seperti mana parti itu tidak menganggu urusan PKR.



“Pemilihan Zahid sebagai Presiden Umno hak akar umbi Umno. Umno tidak campur urusan PKR bila Rafizi menang jawatan Timbalan PKR yang kononnya tidak telus.

“Hassan jangan hipokrit soal terpalit, Umno turut terpalit dengan formula kosong Rafizi. Ringgit tetap jatuh. Harga barang tidak turun. Jangan buta sebelah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aksi lucah, Siskaeee mengakui sakit mental

Durian Thai ‘so’ lemah, Malaysia lagi sedap – Tara Choi (Video)



Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kediaman Najib lengang tanpa penghuni



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker