UNRWA makin tenat, banyak negara henti pembiayaan untuk pelarian Palestin
UNRWA makin tenat, banyak negara henti pembiayaan untuk pelarian Palestin
GAZA: Semakin banyak negara membuat keputusan menghentikan pembiayaan kepada agensi terbesar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beroperasi di Gaza, ketika krisis semakin meruncing berhubung dakwaan peranan beberapa anggotanya dalam serangan Hamas 7 Oktober lalu ke atas Israel.
DAKWAAN ISRAEL
Jepun dan Austria dilaporkan turut menangguhkan pembayaran kepada Agensi PBB bagi Pelarian Palestin (UNRWA) selepas Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Jerman dan Itali mengumumkan untuk menggantung pembiayaan kepada badan bantuan itu.
UNRWA memberitahu BBC, keadaan kini sangat kritikal apabila jumlah bantuan makin menyusut sedangkan keperluan kemanusiaan di Gaza meningkat dari semasa ke semasa.
Agensi itu memecat beberapa kakitangannya selepas wujud dakwaan mereka terlibat dalam serangan bersenjata Hamas di Israel yang dikatakan membunuh kira-kira 1,300 orang dan menculik kira-kira 250 tebusan ke Gaza.
Israel bertindak balas dengan melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di wilayah itu, menyebabkan lebih 1.7 juta penduduk kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung di kemudahan UNRWA.
Menurut laporan The New York Times, dokumen risikan Israel mendakwa hampir 200 pekerja agensi berkenaan adalah anggota kumpulan pejuang Hamas atau Jihad Islam tanpa memberikan bukti terperinci.
Dokumen itu juga mendakwa sekurang-kurangnya 12 anggota UNRWA menyeberang ke Israel pada 7 Oktober lalu namun badan itu berkata sudah memecat sembilan daripada pekerja tersebut dan sedang menyiasat kes itu.
Laporan lain yang diterbitkan oleh Wall Street Journal, juga memetik dokumen perisikan Israel turut mengatakan kira-kira 1,200 daripada 12,000 pekerja UNRWA di Gaza mempunyai kaitan dengan Hamas atau Jihad Islam.
Kelmarin, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tampil mengesahkan kandungan dokumen itu, menyifatkan agensi berkenaan bersekongkol dengan Hamas.
“Kami mendapati terdapat 13 pekerja UNRWA yang benar-benar mengambil bahagian, sama ada secara langsung atau tidak dalam pembunuhan pada 7 Oktober lalu.
“Di sekolah UNRWA, mereka mengajar doktrin pemusnahan untuk Israel dan doktrin mengagungkan keganasan,” katanya dalam temu bual dengan saluran TalkTV UK.
Jelas Pengarah Komunikasi UNRWA, Juliette Touma, pihaknya tidak melihat bukti itu tetapi dakwaan berkenaan sedang disiasat oleh pejabat pengawasan PBB di New York.
BANTUAN TERJEJAS
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, beliau terkejut dengan tuduhan tersebut dan merayu negara penderma untuk menjamin kesinambungan operasi UNRWA.
Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini turut menegaskan rakyat Gaza tidak sepatutnya dihukum atas dakwaan itu.
Katanya, jika pembiayaan tidak disambung semula, agensi itu tidak akan dapat meneruskan operasinya selepas penghujung Februari.
“Orang ramai terus berpindah. Orang ramai lapar. Jam berdetik laju menuju krisis kebuluran.
“Kami melakukan segala yang termampu untuk mengelakkan masalah itu.
‘”Tetapi kekurangan dana yang kami hadapi sekarang, apabila hampir 10 daripada penderma terbesar menghentikan sementara pembiayaan memberi kesan yang sangat serius terhadap operasi kemanusiaan terbesar di Gaza,” katanya.
Penduduk di utara terpaksa mengisar makanan haiwan untuk membuat roti selepas tepung, beras dan gula kehabisan ekoran krisis kekurangan bantuan yang kini diburukkan lagi dengan penarikan sokongan terhadap agensi berkenaan.
Semakin ramai penduduk kini terpaksa berpindah ke selatan dengan berjalan kaki membawa kanak-kanak dan peralatan tempat tidur.
Suleiman Abusari, seorang budak lelaki berkerusi roda yang ditolak bapanya berkata, kakinya dipotong selepas dia dan keluarganya dibedil dron Israel.
“Cita-cita saya adalah untuk bermain bola sepak tetapi Zionis sudah meragut impian itu,” katanya. Utusan
UNRWA makin tenat, banyak negara henti pembiayaan untuk pelarian Palestin
Baca Artikel Menarik:
- Pasangan YouTuber UK ‘bayar saman’ RM100 dicari
- Saya akan lawan musang berbulu ayam – Daim
- Daim hilang sebelah mata kerana jangkitan kuman
- Peminat kesal dengan ‘content’ baru Puteri Sarah
- Media Singapura dengki Malaysia seri dengan Korea Selatan
- Angka PN makin susut
- Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
- Puteri Balqis nombor satu
- Perang saudara di Amerika Syarikat?
- Bersatu kian parah berpecah
- Istana paling seram dunia mula terima pelancong
- Cuba larikan isteri orang, lelaki parah dibelasah
- Tukar PM tiap tahun tidak jamin apa-apa
- Wallahi, tak betul – Peja
- Wan Saiful akui Bersatu kini hadapi ‘tentangan dalaman’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA
You must be logged in to post a comment.