‘Top 4 sombong’ punca 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar?

‘Top 4 sombong’ punca 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar?

Sikap empat pemimpin utama Bersatu yang enggan melayan atau mendengar suara Ahli Parlimennya didakwa menjadi punca enam daripada mereka bertindak mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata sumber.

Bersatu diketuai bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dengan kerusi timbalan presiden diisi Ahmad Faizal Azumu manakala Radzi Jidin dan Ronald Kiandee bertindak sebagai naib presiden.



Pada Oktober 2022, Mohd Rafiq Naizamohideen yang menang satu daripada tiga kerusi naib presiden pada pemilihan parti bertindak keluar Bersatu, sebulan menjelang PRU15.

Bercakap kepada FMT, seorang wakil rakyat yang enggan identitinya diketahui berkata sejak pertengahan tahun lalu ada beberapa Ahli Parlimen mula membangkitkan keperluan supaya parti dan Perikatan Nasional (PN) lebih serius berbincang isu peruntukan selepas Anwar membuka pintu rundingan.

Menurutnya, ini kerana mereka terutama yang kali pertama menjadi wakil rakyat tidak lagi mampu dari segi kewangan untuk menjalankan tugas seperti menampung operasi pusat khidmat dan bantuan kecemasan kepada penduduk di kawasan diwakili.

“Bila dibangkitkan top 4 tak layan pun, mereka sombong sehingga keputusan (menyokong Anwar) terpaksa dilakukan.



“Malah, bila hubungi presiden (Muhyiddin), beliau langsung tak respons,” dakwa Ahli Parlimen itu.

“Bersatu dan PN kena selesaikan hal peruntukan ini segera, nak harapkan sumber kewangan parti pun terhad,” katanya yang mendakwa Ahli Parlimen PN langsung tidak dimaklumkan perkembangan rundingan peruntukan untuk mereka.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi dari Bersatu mengikut jejak Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli) menyokong Anwar, atas alasan demi kawasan diwakili mereka.

Pada Mac 2023, Anwar menggesa pimpinan PN berunding dengan kerajaan berhubung soal peruntukan wakil rakyat komponen itu, seperti dibuat ketika pentadbiran Ismail Sabri Yaakob yang menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) transformasi dan kestabilan politik.



Bagaimanapun, lapan bulan selepas Anwar menghulurkan tangan berunding, Ketua Whip PN Takiyuddin Hassan mengumumkan mereka menghentikan rundingan selepas kerajaan meminta jaminan tertentu.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata Ahli Parlimen Bersatu kini berdepan pandangan negatif daripada rakan mereka PAS, susulan tindakan enam wakil rakyat Bersatu menyokong Anwar.

“Tanpa mengetahui masalah sebenar, PAS salahkan Ahli Parlimen Bersatu, didakwa tak setia dan tiada akidah perjuangan.”

Ditanya kesan jika pemimpin utama Bersatu terus bertindak sedemikian, sumber itu berkata: “Logiknya memang akan ada (Ahli Parlimen) ikut serta (tindakan sokong Anwar) tetapi paling merugikan bila PRU nanti, orang tak nampak khidmat kita selain main sentimen Melayu dan Islam.” FMT



‘Top 4 sombong’ punca 6 Ahli Parlimen Bersatu sokong Anwar?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker