Thailand bungkus, gagal mara ke suku akhir piala asia

Pasukan Thailand memberikan tentangan sengit kepada Uzbekistan yang menduduki ranking ke-68 dunia sebelum tewas 1-2 sebentar tadi. – Foto ihsan AFC

 

Misi pasukan Thailand untuk melangkah ke pentas suku akhir Piala Asia 2023 tidak kesampaian selepas tewas 1-2 kepada Uzbekistan dalam aksi kalah mati di Stadium Al Janoub, Doha sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Gajah Perang kendalian Masatada Ishii itu membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Supachai Chaided, Sarach Yooyen dan Pathompol Charoenrattanapirom.

Namun, Uzbekistan yang menduduki ranking No. 68 dunia dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan dengan melakukan beberapa percubaan bahaya ke kubu jaguh Asia Tenggara itu.

Gol yang dicari skuad kendalian Srecko Katanec jitu akhirnya tiba menerusi ledakan Azizbek Turgunboev pada minit ke-37 sekali gus menyaksikan benteng kebal Thailand dibolosi buat kali pertama pada kempen Piala Asia kali ini.

Bersambung pada separuh masa kedua, Thailand memperkemaskan jentera serangan dengan memasukkan pemain gantian seperti Supachok Sarachat dan Suphanat Mueanta.

Percaturan tersebut menjadi apabila pergerakan Thailand dilihat lebih tersusun dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan cantik Supachok pada minit ke-58.

Tersentak dengan gol tersebut, Uzbekistan menggandakan asakan dan tidak menunggu lama untuk kembali mendahului saingan hasil penyudah Abbosbek Fayzullaev berselang tujuh minit kemudian.

Thailand yang menduduki ranking No. 113 dunia berusaha untuk melakukan asakan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker