Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Kangar: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Begitulah tuah seorang peniaga putu buluh, Muslim Chatib, 62, selepas bergelar jutawan segera apabila cabutan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dibeli pada 1999 dipilih oleh bank berkenaan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bonanza BSN SSP yang ke-95.

Dalam cabutan berkenaan, dia membawa pulang wang tunai sebanyak RM1 juta serta sebuah BMW X5 sekali gus melengkapkan pencarian 95 orang jutawan BSN SSP bagi tahun lalu.

Muslim yang juga peniaga di pasar malam serta mengusahakan gerai makanan bersama isterinya, Noraini Said, 54, di halaman kediamannya di Jalan Santan di sini, tidak menyangka untuk memperoleh kejayaan seperti itu.

“Saya sudah mula menyimpan dengan BSN sejak 1990 lagi dan pada masa yang sama juga, saya ada juga membeli SSP yang ditawarkan oleh bank itu sekadar untuk cuba-cuba sahaja apabila cabutan itu dijalankan, manalah tahu ada rezeki dapat hadiah.

“Sebelum ini, saya pernah jadi pemenang hadiah sagu hati daripada pihak BSN tetapi saya tidaklah pernah bermimpi untuk dipilih sebagai pemenang dalam setiap cabutan.

“Namun apabila saya mendapat tahu bahawa saya dipilih sebagai Cabutan Jutawan BSN SSP yang ke-95, saya agak terkejut dan tidak sangka ia boleh berpihak pada saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan kediamannya di Kampung Dagang, Jalan Santan di sini, hari ini.

Menurutnya, kejayaan itu juga adalah rezeki Allah SWT dan buat masa ini, dia belum mempunyai sebarang perancangan khusus untuk menggunakan wang daripada cabutan BSN SSP yang dimenanginya itu.

“Pada mulanya saya diberitahu oleh anak sulung saya sekitar 4 Januari lalu mengenai kemenangan ini dan ketika itu saya sedang berniaga di gerai ini namun saya tidaklah mengambilnya begitu serius kerana tiada apa bukti pun mengatakan saya menang.

“Namun apabila pihak BSN sendiri menghubungi saya maka saya anggapkan itu adalah perkara yang benar dan saya bersyukur dengan kejayaan yang diberikan kepada kami dalam hal ini.

“Buat masa sekarang, saya dan keluarga belum ada perancangan untuk menggunakan wang berkenaan namun saya berfikir untuk membawa keluarga menunaikan umrah selepas ini jika diizinkan Allah SWT,” katanya.

Muslim yang berasal dari Sumatera, Indonesia mendirikan rumah tangga bersama Noraini pada 1987 di Kangar dan dikurniakan tiga anak perempuan berusia antara 26 hingga 36 tahun.

Selain menjadi peniaga, Muslim juga adalah seorang jurulatih taekwando bertauliah di Perlis dan banyak mengajar ilmu mempertahankan diri itu di beberapa sekolah menengah, rendah dan tadika di sini.

Terdahulu, Muslim ditemui ketika menerima kunjungan Pengarah Negeri BSN Kedah/Perlis, Zamri Ngah di rumahnya.

BSN dalam satu kenyataannya berkata, sebanyak 10 kategori cabutan termasuk satu kategori cabutan baharu diwujudkan bersempena dengan sambutan ulangtahun BSN yang ke-50 dengan ganjaran berjumlah RM30 juta ditawarkan sekali gus meningkatkan peluang kemenangan bagi lebih 20,000 penyimpan. HM

Peniaga putu bambu menang RM1 juta, BMW X5

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker