Pemerintahan Al-Sultan Abdullah akan dikenang seluruh rakyat
Pemerintahan Al-Sultan Abdullah akan dikenang seluruh rakyat
Rakyat Malaysia mendapat limpahan keamanan dan kesejahteraan di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, pemerintahan baginda yang merakyat selama lima tahun akan dikenang oleh seluruh rakyat.
“Menjunjung kasih KDYMM Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
“Pemerintahan Tuanku yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat keseluruhannya yang menikmati limpahan keamanan dan kesejahteraan sepanjang tempoh baginda bersemayam di atas takhta selama lima tahun,” katanya dalam catatan di Facebooknya, hari ini.
Anwar berkata, kewibawaan Al-Sultan Abdullah juga merungkai kemelut politik negara dan menggagaskan sebuah Kerajaan Perpaduan.
“Ia membugar kestabilan dan memungkinkan usaha kita untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini ke tingkat tertinggi,” katanya.
Hari ini, Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahan selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta sebagai Ketua Utama Negara bermula 31 Januari 2019.
Esok, tampuk pemerintahan negara bakal mencatat era baharu di bawah pemerintahan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang akan dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam istiadat penuh tradisi di Istana Negara. BH
Pemerintahan Al-Sultan Abdullah akan dikenang seluruh rakyat
Baca Artikel Menarik:
- Pasangan YouTuber UK ‘bayar saman’ RM100 dicari
- Saya akan lawan musang berbulu ayam – Daim
- Daim hilang sebelah mata kerana jangkitan kuman
- Peminat kesal dengan ‘content’ baru Puteri Sarah
- Media Singapura dengki Malaysia seri dengan Korea Selatan
- Angka PN makin susut
- Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar harta
- Puteri Balqis nombor satu
- Perang saudara di Amerika Syarikat?
- Bersatu kian parah berpecah
- Istana paling seram dunia mula terima pelancong
- Cuba larikan isteri orang, lelaki parah dibelasah
- Tukar PM tiap tahun tidak jamin apa-apa
- Wallahi, tak betul – Peja
- Wan Saiful akui Bersatu kini hadapi ‘tentangan dalaman’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA
You must be logged in to post a comment.