Lelaki maut kereta dipandu bertembung lori

BAGAN SERAI – Seorang lelaki maut apabila kereta jenis Perodua Myvi dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Sungai Rawa, Sungai Bogak di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian pada pukul 3.33 petang.

“Seorang lelaki dikenali sebagai Ng Yooi Heong, 43, disahkan maut oleh pegawai perubatan akibat kecederaan pada bahagian kepala dan mangsa tidak tersepit,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihaknya membantu mengeluarkan mayat mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker