‘What choice do I have?’ – Al-Sultan Abdullah

‘What choice do I have?’ – Al-Sultan Abdullah

Idea Kerajaan Perpaduan telah dicetuskan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Al-Sultan Abdullah bertitah, idea tersebut dilontarkan lantaran baginda melihat majoriti yang dimiliki oleh Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tipis dan mungkin akan menyebabkan krisis pentadbiran negara berulang.



Seri Paduka Baginda menawarkan penyelesaian sama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), iaitu menubuhkan Kerajaan Perpaduan rentetan tiada parti yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

“Saya mulakan dengan (memaklumkan kepada parti) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (Pas). Tetapi, saya tak nak bangkitkan isu ini lagi kerana dia tolak (pembentukan Kerajaan Perpaduan) sebulat-bulatnya.

“Then, what choice do I have? Jadi baki siapa yang boleh wujudkan (kerajaan).

“Saya juga maklumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu, menawarkan kepada parti Muhyiddin dan Pas juga. Tapi apakan daya, itu sekadar apa yang saya boleh buat. Selain itu terpulang kepada kebijaksanaan pemimpin politik,” titah Seri Paduka Baginda.



Al-Sultan Abdullah turut berkongsi pengalaman pemerintahannya itu dalam wawancara hampir dua jam bersama editor dan wartawan kanan media utama sempena tamat tempoh pemerintahan di Istana Negara baru-baru ini, yang turut dihadiri Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka Baginda juga berniat mewujudkan Kerajaan Perpaduan untuk menyatukan semua parti supaya Malaysia mempunyai kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Namun, saya berharap, perkara ini (Kerajaan Perpaduan) masih dapat diusahakan. Kita tidak harus berputus asa.

“Soal berkenaan siapa Perdana Menteri, itu terpulang kepada pucuk pimpinan politik kerana bukan Agong yang memilih Perdana Menteri.



“Wakil rakyat yang akan cadangkan nama, bukan Agong yang cadangkan nama siapa Perdana Menteri kerana Agong tidak boleh lantik Perdana Menteri sewenang-wenangnya.

“Kalau macam itu, senang lah…tak perlu ada Parlimen,” titah baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah, penubuhan Kerajaan Perpaduan juga seiring dengan hasrat baginda untuk melihat suasana harmoni diwujudkan di negara ini yang seharusnya bermula di Parlimen.

“Saya nak satu keadaan harmoni dalam negara kita ini dan ia seharusnya bermula di Parlimen.



“Kita tidak harus bergaduh ataupun berfikiran lain kerana kita nak majukan negara kita, nak tingkatkan nama baik negara kita,” titah baginda. K Online

‘What choice do I have?’ – Al-Sultan Abdullah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35



Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker