Sertai lambaian kasih Agong, Raja Permaisuri Agong esok
Sertai lambaian kasih Agong, Raja Permaisuri Agong esok
Orang ramai berpeluang menyaksikan acara ‘state drive’ atau lambaian kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang berlangsung esok.
Acara kemuncak tersebut akan bermula pada pukul 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata susulan itu, sepanjang Jalan Parlimen sehingga ke arah Bulatan Dato’ Onn akan ditutup sepenuhnya seawal pukul 6 pagi.
Ujarnya, ia bagi pergerakan masuk pasukan pelambai seramai 3,650 yang terdiri dari kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian.
“Bas-bas yang membawa pasukan tersebut akan menurunkan pasukan pelambai di sepanjang Jalan Parlimen sehingga, ke arah Bulatan Dato Onn dan diparkirkan di sekitar Padang Merbok.
“Kenderaan persendirian dan orang awam yang ingin bersama-sama ke acara tersebut boleh meletakkan kenderaan di sekitar Taman Botani, parkir bertingkat di Bukif Aman dan parkir di bawah Dataran Merdeka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Sebelum acara tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dijangka menghadiri Istiadat Keberangkatan Balik yang bermula daripada Istana Negara dan kemudiannya di Dataran Parlimen sebagai simbolik tamat tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Dalam pada itu, Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur akan menempatkan lebih kurang 91 kekuatan pegawai bagi mengawal lalulintas.
Ujarnya, sebanyak tujuh laluan yang terlibat dengan penutupan penuh manakala 13 laluan lagi akan ditutup secara berperingkat bermula pukul 9 pagi.
“Bagi jalan yang terbabit penutupan penuh adalah Jalan Damansara ke arah Jalan Parlimen (dari arah Istana Lama) dan Jalan Sultan Abdul Halim ke arah Jalan Parlimen.
“Lebuh Raya Sultan Iskandar ke arah Jalan Parlimen, Jalan Kuching, Jalan Salahudin, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tun Perak ke arah Bulatan Dato’ Onn,” katanya. K Online
Sertai lambaian kasih Agong, Raja Permaisuri Agong esok
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin
You must be logged in to post a comment.