Saya gelek 50 peratus sahaja – Baby Shima

😂

Saya gelek 50 peratus sahaja – Baby Shima

Dikecam mengenakan persalinan mencolok mata selain bergelek ‘kencang’ ketika beraksi pada Konsert Milenia 2024, penyanyi Baby Shima menyifatkan tuduhan sedemikian dilemparkan pihak yang sengaja mencari silapnya.

Pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramly itu berkata, pakaian dres singkat rona hitam dipadankan seluar ketat bersama but tinggi yang menutup sebahagian pehanya bersesuaian dengan konsep persembahan.

“Baju sentuhan pereka Indonesia, Jessie Gunawan kena dengan corak persembahan saya memerlukan pergerakan lincah di pentas mega ini.

“Saya patuh pada kod berpakaian yang ditetapkan penganjur lebih awal agar jangan menggayakan persalinan mendedahkan, selain beberapa syarat tambahan.

“Mana seksi, but panjang itu juga menutup paha saya, bahkan dari segi tarian pula saya hanya bagi 50 peratus saja gelek supaya tidak dikata sengaja tunjuk aksi menghairahkan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Penyanyi berusia 29 tahun itu antara penghibur yang memeriahkan konsert dangdut anjuran Mission Sight Sdn. Bhd. di Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu lalu.

Menggabungkan artis dangdut terkemuka tempatan dan Indonesia, persembahan mega hampir tiga jam itu turut membariskan Ratu Dangdut tanah air, Amelina selain Mas Idayu, Ani Mayuni serta Rheyna Morena, Hesty Klepek dan satu-satunya artis lelaki, Thomas Arya.

Shima yang ditemui usai konsert menegaskan, pada fasa ini dia enggan memeningkan kepala memikirkan pandangan skeptikal segelintir individu yang hanya pandai mengutuk.

Katanya, sebagai penyanyi dangdut pemilihan pakaian kena dengan konsep persembahan, malah apabila berada di luar dia masih seperti wanita lain apabila tetapi memikirkan sensitiviti khalayak.

“Kalau tengok saya di luar tidaklah seksi mana, macam biasa saja, bahkan dalam mana-mana persembahan pentas pun saya pakai masih berpada-pada.

“Jangan sebab saya bawakan lagu dangdut terus cop macam-macam. Apa pun saya dah lali sebab tahu orang kalau tak suka memang akan terus korek salah kita,” ujarnya.

Pada masa sama, Shima yang membawakan empat lagu malam itu termasuk duet bersama Thomas memaklumkan masih berulang alik antara Jakarta, Indonesia dengan Kuala Lumpur demi tugas.

“Alhamdulillah, sejak lebih setahun lalu saya dah kembali tinggal di Jakarta kerana terbabit dengan program televisyen serta persembahan bergerak.

“Tapi apabila ada undangan di Kuala Lumpur atau destinasi lain dalam negara saya tetap balik demi memenuhi permintaan,” tambahnya. K Online

Saya gelek 50 peratus sahaja – Baby Shima

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar

Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil

https://mykmu.net/2024/01/27/gol-faisal-halim-dipertimbangkan-untuk-merebut-anuge

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker