MP Bukit Gantang yang sokong Anwar kini dilantik Ketuai jawatankuasa di bawah NACCOL
IPOH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal diberi tanggungjawab mengetuai satu jawatankuasa bagi menangani harga makanan dan kos sara hidup di bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
Perdana Menteri berkata Ahli Parlimen dari BERSATU yang juga bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan mengepalai kluster itu bagi membantu kerajaan merangka pelan strategik bagi mengawal harga barang.
“Sahabat saya, Syed Abu Hussin sama-sama ambil inisiatif ini kerana walau kita lakukan pelbagai langkah, …kita tahu kos sara hidup meningkat. Walau kita umum tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tapi tak cukup kalau kita tak kawal harga barang.
“Saya terima teguran, permintaan orang ramai, kita adakan banyak jualan rahmah. Saya tengok harga ikan, ayam, beras (pada jualan) hari ini jauh lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Ini kita kena perbanyakkan, sebab tu saya tugaskan Syed Abu Hussin untuk bantu NACCOL, saya mengesahkan supaya dia akan mengepalai kluster ini bagi menambah ikhtiar supaya Jualan Madani ini dapat kita tingkatkan, perluaskan dan kerapkan lagi di seluruh negara,” katanya berucap pada Jualan Termurah Madani di Padang Taman Klebang Restu, hari ini.
NACCOL adalah salah satu kluster dalam Sektor Hal Ehwal Kos Sara Hidup dan Penyelidikan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berperanan merangka dasar, strategi serta pelan tindakan untuk menangani isu kenaikan kos sara hidup untuk pertimbangan dan persetujuan Mesyuarat Jemaah Menteri.
Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan mengambil maklum aduan rakyat berkenaan peningkatan harga barang keperluan seharian, meskipun ekonomi negara dilaporkan semakin pulih.
“Percayalah satu hal yang tak mudah kita lakukan (imbangi harga barang) kerana harga pasaran di mana-mana di seluruh dunia sudah meningkat dan mengesankan rakyat.
“Kalau kita cakap pelaburan tinggi, ekonomi baik, harga barang begitu juga naik.
“Jadi saya terima teguran itu, sebab itu kita cari jalan menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi,” katanya.
Pada jualan berkenaan, terdapat 39 jenis barangan basah dijual dengan penjimatan antara 20 hingga 65 peratus, serta 25 jenis barangan kering dengan tawaran lapan hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.
Turut berlangsung, Buffet Madani RM5 yang membolehkan pengunjung menikmati pelbagai juadah seperti nasi lemak, roti canai, ayam goreng, daging masak hitam dan macaroni dengan bayaran serendah RM5.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET