Tiada faedah, tamatkan segera program naturalisasi – Lim Teong Kim

WALAUPUN gol penyamaan ketiga menerusi pemain naturalisai terbaru, Romel Morales, ketika aksi terakhir saingan Piala Asia 2024 menentang Republik Korea, namun bekas Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Datuk Lim Teong Kim, berpendapat dasar itu perlu dihentikan.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Syifa Nasir, Teong Kim merasakan perkara itu hanya akan mematikan peluang pemain tempatan yang berkualiti untuk beraksi di pentas antarabangsa.

“Bagi saya program naturalisasi perlu ditamatkan.

“Kerana ia tidak memberikan kebaikan untuk bola sepak secara luas,” kata Teong Kim menerusi Nadi Arena.

Teong Kim juga menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk melihat semula situasi yang berlaku di pasukan-pasukan Eropah seperti Jerman dan Itali.

“Pasukan Jerman yang kini menghadapi masalah paling teruk dalam pasukan kebangsaan mereka.

“Mengapa mereka menghadapi masalah yang teruk manakala mereka sudah menang Piala Dunia?” soalnya.

Teong Kim yang pernah berkhidmat untuk pasukan Bayern Munich bawah 19 tahun, berpendapat pergolakan yang berlaku dalam skuad kebangsaan Jerman itu disebabkan kurang pemain tempatan yang beraksi dalam kancah bola sepak Jerman.

Bagi pendapat seorang lagi legenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan menegaskan sekarang adalah waktu yang tepat untuk memberikan lebih tumpuan dan perhatian terhadap program pembangunan berbanding mendapatkan khidmat pemain luar.

“Gabungan pemain naturalisasi dan tempatan kita telah membawa satu pencapaian, bermakna kita sudah pun mendapatkan ‘instant result’.

“Tetapi, bolehkah kita dapat lagi pemain naturalisasi yang berkualiti, kita belum tahu.

“Sudah tiba masanya kita menyiapkan pemain-pemain tempatan bermakna kita perlu ada program akar umbi yang baik,” tegas Zainal.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker