Isu pencen wakil rakyat, ‘Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia’ bersuara mahu diteruskan
KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) berpandangan bayaran bulanan diberikan kepada bekas wakil rakyat perlu diteruskan.
Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata bayaran itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat atau disebut gratuity (ganjaran).
Beliau berkata, bayaran berkenaan bukanlah pencen seperti difahami sesetengah pihak.
“JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) panggil ia pencen sedangkan ia bukan pencen. Ia gratuity, itu sebenarnya sumbangan kerajaan kepada mereka yang menjadi wakil rakyat.
“Beza dan lain, kalau kakitangan kerajaan takkanlah enam tahun (bekerja) dapat pencen. Itulah definisinya sebab wakil rakyat bukan pegawai kerajaan, bukan kerja dengan kerajaan sebaliknya bekerja dengan rakyat 24 jam sehari,” katanya sambil menjelaskan buat masa ini MUBARAK mempunyai hampir 1,000 keahlian.
Beliau berkata, pemberian gratuity (ganjaran) juga diamalkan di seluruh negara Komanwel selepas seseorang itu tidak lagi menjadi wakil rakyat dan adalah secara mengikut paten seperti yang diterima bekas wakil rakyat di negara ini.
Skim pencen perlu diteruskan
Mengenai Kabinet bersetuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen, Abdul Aziz juga berpandangan bahawa skim pencen sepatutnya diteruskan.
“Kerajaan sekarang ini menganuti dari segi teknologi baharu. Kita sekarang ada PADU (Pusat Pangkalan Data Pusat).
“Banyak lagi benda berasaskan kepada teknologi baru akan mengurangkan kegunaan tenaga pekerja sebaliknya menggunakan tenaga teknologi tinggi seperti IT, data analitik, IoT (Penyelesaian Internet Kebendaan) dan AI (kecerdasan buatan).
“Ini akan mengurangkan pekerja-pekerja dalam kerajaan. Jadi kalau kurangnya pekerja-pekerja dalam kerajaan, teruskanlah (skim) pencen (sedia ada). Pasal ini adalah satu insurans kepada mereka,” katanya.
Tetapi beliau berkata sekiranya kakitangan kerajaan tidak dapat menggunakan teknologi baharu dalam urusan mentadbir negara, ia mungkin menyebabkan peningkatan lagi jumlah pekerja diperlukan.
“Kakitangan kerajaan meningkat yang sekarang ini sudah lebih sejuta orang dan jika berterusan meningkat dan itu patutnya yang baharu dimasukkan dalam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukan berpencen,” katanya.
Terdahulu, terdapat gesaan supaya pemansuhan pencen membabitkan ahli politik dibuat selepas media melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin berkata, Kabinet bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baharu kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, menggesa cadangan pemansuhan pencen wakil rakyat dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melaksanakan kepada penjawat awam.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya