Ini 5 calon bakal menggantikan Jurgen Klopp di Liverpool

LIVERPOOL: Keputusan mengejut Jurgen Klopp untuk meninggalkan Liverpool sebaik tamat musim ini memaksa kelab itu mencari pengendali baharu buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad.

Berikut adalah lima calon utama yang mampu mengisi kekosongan ditinggalkan Klopp.

Bekas pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso antara calon utama untuk kembali ke Anfield selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan sebagai pengendali kelab Jerman, Bayer Leverkusen.



Selepas kejayaan Klopp memenangi Bundesliga bersama Borussia Dortmund pada tahun 2011 dan 2012, kini Leverkusen bimbingan Alonso pula berpeluang menafikan penguasaan Bayern Munich sebagai kuasa besar Jerman

Leverkusen belum tewas dalam 27 perlawanan setakat ini dan mengumpul kelebihan empat mata di puncak Bundesliga.

Sebagai pemain, Alonso pernah dibimbing deretan pengendali hebat, antaranya Pep Guardiola, Jose Mourinho, Carlo Ancelotti, Rafael Benitez dan Vicente del Bosque.

Walaupun Alonso mendapat perhatian bekas kelabnya Bayern dan Real Madrid, ketiadaan Klopp mampu menarik bekas pemainnya itu kembali ke Anfield.



Selain Alonso, pengendali Brighton, Roberto De Zerbi juga dilihat berupaya meneruskan kegemilangan Klopp bersama Liverpool.

Pengendali dari Itali berjaya membawa Brighton ke tahap lebih tinggi sejak mengambil alih pasukan pada September 2021.

De Zerbi membawa The Seagulls ke pentas Eropah buat pertama kali dalam sejarah kelab musim lalu dan berjaya mara ke peringkat 16 terakhir Liga Europa.

Rakan senegara Klopp, Julian Nagelsmann dari Jerman juga dilihat sebagai pengganti sesuai untuk meneruskan legasi pengendali itu di Anfield.



Nama Nagelsmann melonjak naik selepas kejayaan bersama Hoffenheim dan RB Leipzig, tetapi dipecat Bayern tahun lalu.

Pengendali 36 tahun itu kemudian mengambil alih skuad kebangsaan Jerman menjelang Eurro 2024 di laman sendiri.

Kehadiran Ange Postecoglou di Tottenham Hotspur sama seperti ketika Klopp mula mengubah nasib Liverpool sembilan tahun lalu.

Namun untuk merampas Postecoglou yang baru enam bulan pertama dalam kontak empat tahunnya bersama Spurs, pasti menelan belanja yang cukup tinggi buat Liverpool.



Postecoglou bagaimanapun pernah melakukan perpindahan mengejut di pertengahan musim ketika di Yokohama Marinos apabila menyertai Celtic pada tahun 2021. Dia meninggalkan juara Scotland itu tahun lalu selepas memenangi lima trofi dalam dua musim.

Legenda Liverpool, Steven Gerrard yang kini bersama kelab Liga Pro Saudi, Al-Ettifaq pernah menjadi calon pilihan di Anfield beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun reputasinya di Liga Perdana Inggeris bersama Aston Villa tidak begitu baik dan kini lebih selesa meneruskan karier di Timur Tengah. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker