Hukum beli kupon cabutan bertuah adalah haram – UAI
PETALING JAYA – Membeli kupon cabutan bertuah pada harga tertentu dengan bertaruh nasib untuk mendapatkan hadiah yang disediakan oleh penganjur hukumnya adalah haram.
Menerusi penjelasan pendakwah selebriti, Ustaz Azhar Idrus dalam satu video yang dimuat naik di laman YouTube rasminya hari ini berkata, haram jika seseorang itu membayar harga kupon cabutan bertuah tanpa mendapat sebarang pulangan yang setimpal.
“Yang bolehnya begini, berapa harga baju? Contoh RM30, kiranya siapa nak beli baju dalam sebuah event (karnival) Y15 kah, RXZ kah, siapa daftar dia layak menyertai cabutan bertuah. Caranya hendaklah beli baju, RM30 memang harga baju.
“Maka jika sesiapa membeli satu barangan kemudian syarikat atau kedai tersebut buat cabutan bertuah maka dapat hadiah, hukumnya harus.
“Yang tak boleh ialah selain dari harga baju, harga cabutan bertuah diasingkan. Kena bayar harga kupon cabutan pula. Siapa yang bayar, dia tidak dapat apa-apa, cuma berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dan hadiah itu dikumpul daripada bayaran keseluruhan kupon itu hukumnya haram,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar berkata, sekiranya seseorang individu itu berasa ragu dengan kupon atau hadiah cabutan bertuah yang disediakan penganjur mahupun sesebuah syarikat, beliau menasihatkan agar mereka tidak mengambilnya.
“Bagi pihak kita (pembeli atau peserta cabutan bertuah) sekiranya rasa tidak sedap, Nabi Muhammad SAW kata tinggalkan sesuatu yang kita rasa tak sedap hati. Maknanya jangan terlibat (program cabutan bertuah), jangan laju mulut,” pesannya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET