Gelandangan hidup dalam gua bawah tanah membingungkan pihak berkuasa
SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sekumpulan gelandangan ditemui tinggal di dalam beberapa buah gua dekat Sungai Tuolumne di Modesto, negeri California, lapor saluran berita Fox News semalam.
Sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Operation 2-9-99 dan Tuolumne Rivers Trust bersama Jabatan Polis Modesto bekerjasama memindahkan mereka sebelum membersihkan kira-kira 3,447 kilogram sampah dari kawasan gua itu.
Mereka ditemui hujung minggu lalu.
“Kawasan ini dijadikan kem gelandangan yang menimbulkan kebimbangan kerana gua-gua itu berada di kawasan tebing sungai,” kata Jabatan Polis Modesto dalam satu kenyataan.
Gua-gua itu digali pada kedalaman kira-kira 6.09 meter di bawah paras jalan raya. Antara barang yang ditemui di dalamnya termasuk peralatan tempat tidur, makanan, dadah dan senjata.
“Kami keliru bagaimana mereka boleh memindahkan sebegitu banyak barang di dalam memandangkan kesukaran untuk membawanya ke atas bukit,” kata penyelaras Operation 2-9-99, Charis Guptill.
Guptil adalah salah seorang sukarelawan yang mengambil bahagian dalam operasi tersebut. Pasukannya telah menemui lapan gua yang dihuni sejumlah gelandangan.
Seorang penduduk Modesto, Tracy Rojas berkata bahawa keputusan gelandangan untuk tinggal di dalam gua bawah tanah adalah berbahaya.
“JIka salah sebuah gua runtuh, ia akan mencetuskan bahaya. Semua orang dan barang akan ditengelami air,” katanya.
Krisis gelandangan semakin meningkat di negeri California. Bandar Los Angeles berhampiran Modesto baru-baru ini merekrut sehingga 6,000 sukarelawan untuk mengira gelandangan.
Penduduk California semakin kecewa apabila pihak berkuasa gagal menghalang populasi gelandangan daripada meningkat di negeri itu. – AGENSI
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah
You must be logged in to post a comment.