Langkah Muhyiddin ikut nasihat isteri lemahkan moral Bersatu
Langkah Muhyiddin ikut nasihat isteri lemahkan moral Bersatu
Tindakan Muhyiddin Yassin membuat pusingan U semasa perhimpunan agung tahunan Bersatu baru-baru ini didakwa melemahkan morah ahli yang mahu melihat parti itu melaksanakan perubahan.
Kata Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal lebih mengecewakan apabila presiden parti itu sendiri memaklumkan keputusan tersebut dibuat hasil nasihat daripada isterinya.
“U-turn sebab apa? Ini keputusan besar… hala tuju parti, nak bawa ahli-ahli parlimen membina masa depan negara tetapi seorang presiden boleh membuat u-turn dengan mudah,” katanya sebelum membaca petikan kata-kata Muhyiddin semasa perhimpunan tersebut Nov tahun lalu.
Antara lain Syed Abu Hussin menekankan bagaimana Muhyiddin menyebut bahawa “kuasa paling besar” ialah nasihat seorang isteri.
Pun begitu Syed Abu Hussin berkata dia tidak menyalahkan isteri Muhyiddin.
“Saya tak salahkan isteri dia, tetapi keputusan sebagai pemimpin sebuah parti yang berhadapan dengan segala macam cabaran, ini keputusan paling penting.
“Ada berlaku demoralise dalam kalangan sebahagian pemimpin, (mereka) tak tahu ke mana hala tuju sebenar parti,” katanya pada sidang media khas yang turut disiarkan secara langsung pagi ini.
Untuk rekod pada 25 Nov tahun lalu semasa Bersatu mengadakan perhimpunan agung tahunannya, Muhyiddin mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden.
Bagaimanapun ahli parlimen Pagoh itu kemudian menukar fikiran sehari kemudian.
Semasa mengumumkan pendirian untuk terus mempertahankan jawatan presiden, Muhyiddin berkata: “Sebenarnya, kuasa yang paling besar yang saya nak sebutkan di sini bukan perhimpunan agung tahunan. Kuasa besar (keputusan dibuat) tidak lain adalah isteri saya.
“Isteri saya hadir (di perhimpunan Bersatu) sejak beberapa hari lalu dan dia duduk sampai akhir…Hari ini pun sama. Dia ada mesej saya.
“Apa isteri saya kata? Stay another term (kekal satu penggal lagi). They need you (Mereka perlukan awak). Mereka ikhlas, yang (panggilan merujuk Muhyiddin).”
Dia menambah bahawa keputusan menyokong perdana menteri turut didorong atas rasa kecewa terhadap keengganan pemimpin PN untuk berunding mengenai peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang.
Tegasnya, sebagai ahli parlimen, mereka tidak mampu melaksanakan tugas kepada pengundi dan terpaksa mengharapkan peruntukan untuk ahli parlimen Bersatu.
Di sesetengah tempat pula, kata Syed Hussin, wakil rakyat Bersatu mengharapkan bantuan daripada kerajaan negeri yang ditadbir PAS.
Pada masa sama Syed Hussin menjelaskan PAS sekarang berasa selesa kerana menganggap parti itu kukuh berbanding Bersatu.
Katanya memang ada kesedaran dalam kalangan ahli parlimen Bersatu untuk mendapatkan bantuan bagi membolehkan rakyat di kawasan masing-masing dibela.
“Peluang telah diberikan perdana menteri kepada pembangkang untuk berunding, tapi itu tidak dibuat.
“Soal kewangan memang perkara yang menjadi masalah besar kepada semua ahli parlimen dan jika parti tidak mengambil perhatian, siapa lagi nak ambil perhatian?” katanya.
Dia turut memberitahu tidak mudah untuk seseorang ahli parlimen PN menyatakan sokongan kepada Anwar kerana mereka berdepan dengan hinaan, cacian dan tuduhan.
Namun katanya tidak ada pilihan lain kerana tanpa sokongan kewangan tiada yang dapat dibantu di kawasan masing-masing.
“Orang suruh berrunding, tak runding… apa nak jadi sebenarnya?” tambah Syed Hussin.
Dia yang menjadi ahli parlimen pertama dari PN yang menyatakan sokongan kepada Anwar memberitahu, Bersatu sebenarnya berpeluang menjadi lebih baik jika dipimpin setiausaha agung parti itu, Hamzah Zainudin.
Bahkan Syed Hussin mendakwa Hamzah sendiri bersedia memimpin Bersatu.
“Secara keseluruhan, kita melihat Larut (Hamzah) mempunyai potensi besar memimpin parti Bersatu dan dia juga ada kesediaan termasuk kemampuan dan kebolehan,” katanya.
Ketika ditanya adakah terdapat kem yang berbeza di antara Muhyiddin dan Hamzah, Syed Hussin enggan memberikan jawapan yang jelas.
“Saya tidak mahu mengesahkan, tetapi ada,” katanya lagi. Mk
Langkah Muhyiddin ikut nasihat isteri lemahkan moral Bersatu
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET