Noh diberi amaran, padam gambar Musa atau berdepan dengan tindakan
Athira dakwa dimanipulasi, Noh tiada hak penjaga sepenuhnya Musa
Noh diberi amaran, padam gambar Musa atau berdepan dengan tindakan
Tarik balik kenyataan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa iaitu anak angkat kepada aktivis kemanusiaan, Mizz Nina dalam media sosial dalam tempoh 24 jam.
Itu antara tiga tuntutan ibu kandung Musa yang hanya ingin dikenali sebagai Athira terhadap vokalis kumpulan Hujan itu, Noh Salleh.
Athira berkata, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya menerusi program Melodi, baru-baru ini.
Menerusi temu bual disiarkan, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.
Susulan itu, Athira mendakwa, dirinya dimanipulasi oleh Noh.
“Apa yang saya nak dikongsikan, saya sebagai ibu kandung kepada Musa sangat kecewa dengan apa yang terjadi.
“Saya rasa dimanipulasi dan digunakan atas kepentingan dia (Noh).
“Saya kecewa kerana Noh menggunakan saya dengan menyatakan ‘Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya (Noh).’
“Disebabkan itu, saya mahu Noh menarik balik kenyataan yang dibuat kerana menggunakan nama saya dalam media massa.
“Saya mahukan permintaan maaf secara terbuka daripada Noh. Sebelum ini, Noh membuat perkongsian menerusi media massa, jadi saya mahu dia buat permohonan maaf menerusi media massa juga,” dakwanya ketika ditemui BH Online, hari ini.
Athira mendakwa, tindakan Noh dianggap melanggar perjanjian yang sudah dipersetujui antara mereka sejak awal lagi berkenaan kehidupan dan penjagaan Musa.
“Saya juga sangat kecewa apabila Noh mendedahkan wajah Musa dalam Instagramnya.
“Dalam kes ini, apa yang buat saya kecewa apabila Noh tidak mempunyai hak sebagai penjaga sepenuhnya, tetapi melanggar perjanjian untuk tidak berkongsi wajah Musa.
“Jadi, saya mahu Noh menarik balik kenyataan dibuat terhadap saya dan hantaran membabitkan wajah Musa. Saya juga mahukan permohonan maaf secara terbuka.
“Sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh 24 jam, saya akan mengambil tindakan undang-undang,” katanya.
Terdahulu, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, membuat kenyataan dalam program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.
“Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.
“Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk,” kata Noh. BH
Noh diberi amaran, padam gambar Musa atau berdepan dengan tindakan
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya