Hubungan Umno-PH di Selangor baik – Megat
Minggu lalu, Umno putuskan kembalikan 20 kuota ahli majlis PBT Selangor, tuntut 373 jawatan ketua kampung.
Hubungan Umno-PH di Selangor baik – Megat
Umno Selangor mendakwa hubungannya dengan Pakatan Harapan (PH) di negeri itu masih baik walaupun parti itu memutuskan untuk mengembalikan kuota 20 jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) baru-baru ini.
Ketua Umno Selangor Megat Zulkarnain Omardin berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam masa terdekat bagi membincang peranan yang boleh dimainkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
“Hubungan masih seperti biasa cuma yang kita nak selesaikan ialah dari segi peranan yang boleh dimainkan oleh BN.
“Kita akan aturkan pertemuan dalam masa terdekat (bersama Amirudin),” katanya kepada FMT.
Megat berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Amirudin sebelum membuat pengumuman menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis PBT negeri itu.
“Saya sudah bertemu sebelum kita buat pengumuman. Pertemuan baik,” katanya.
“Kita tunggu panduan daripada presiden (Zahid Hamidi). Tidak ada kelam kabut. Kita akan selesaikan segera,” katanya.
Minggu lalu, Megat mengumumkan keputusan menyerahkan semula kuota 20 jawatan ahli majlis PBT di negeri itu kepada PH.
Beliau juga mahu semua 373 jawatan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di negeri itu diserahkan kepada Umno.
Megat berkata keputusan itu membuktikan Umno Selangor tidak tamak dan mendesak PH seperti didakwa beberapa pihak.
Semalam, Zahid yang juga timbalan perdana menteri menegaskan tidak timbul sebarang kemelut atau masalah berhubung pelantikan 373 jawatan pengerusi JPKK di Selangor.
Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, berkata ini kerana kuasa melantik pengerusi JPKK adalah di bawah kuasa kementeriannya dan tidak melibatkan kerajaan negeri. FMT
Hubungan Umno-PH di Selangor baik – Megat
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin