Tarik balik subsidi RON95, diesel hanya cerita dongeng pembangkang
Dakwaan konon kerajaan akan menarik balik subsidi RON95 dan diesel tahun ini seperti yang tular di media sosial tidak benar, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Jurucakap kerajaan berkata, perkara itu belum lagi dibincang di peringkat Jemaah Menteri.
Beliau turut menafikan dakwaan beberapa cukai baharu akan diperkenal tahun ini, yang juga tular di media sosial.
“Sekali lagi ini adalah sebaran yang tidak mempunyai maklumat yang tepat, menimbulkan kecurigaan dan kegusaran awam,” katanya pada sidang media.
Justeru, Fahmi menasihati orang ramai sentiasa berhati-hati dalam menerima sebarang maklumat sebaliknya merujuk kepada Kementerian Kewangan jika terdapat keraguan
Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut dimaklumkan mengenai insiden seorang pempengaruh yang mendakwa tiga wakil Perikatan Nasional dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.
“Hal ini terbukti palsu dan satu laporan polis telah dibuat oleh pegawai Istana Negara terhadap individu tersebut dan kita serah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan,” katanya.
Semalam, polis mengesahkan ada menerima laporan berkaitan dakwaan Chegubard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin, bahawa tiga wakil PN dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong dan kes itu akan disiasat dan dikendali Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Kenyataan Chegubard didakwa dibuat menerusi video berdurasi 52 saat disiarkan menerusi TikTok atas akaun “Alias Official.”
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata kekosongan jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) belum diisi kerana Kementerian Komunikasi dalam proses merombak agensi itu.
Beliau berkata, proses itu akan mengambil sedikit masa namun pihaknya sudah mengadakan perbincangan awal dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tertuduh kes Bella ditahan sejurus kembali dari umrah
- Polis buru suspek tembak kereta peronda
- Haikal didakwa bunuh Bella
- Kes hasutan Sanusi bukan rumit pun
- Remaja baling batu ke arah kereta di jalan
- ‘Sampai hati buang kucing dengan cara sekejam ini’ [VIDEO]
- Pemandu bas ditawar gaji sebanyak RM17,666 sebulan
- Mahathir mengeluh teruk jadi Tun
- Saya diperlakukan seperti penjenayah – Mahathir
- ‘Saya berdoa mereka ke neraka atau mereput dalam penjara’
- Berambus dari hidup aku – Zarina Zainuddin
- Penjawat awam kini hanya dilantik secara kontrak
- Mamat Exists didakwa ambil, miliki dadah Meth
- Kuasa itu singkat, isteri Daim beri ‘amaran’ kepada Anwar
- Ilmuwan Islam cipta peta pertama dunia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah
You must be logged in to post a comment.