Kolej Sultan Abdul Hamid sekolah tertua di Malaysia

Kolej Sultan Abdul Hamid sekolah tertua di Malaysia

Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHC) di Kedah merupakan antara sekolah tertua di Malaysia yang kini telah mencecah usia 116 tahun.

Menurut artikel yang dikeluarkan Sekolah berprestij ini portal Iluminasi, sekolah tersebut pada asalnya adalah sebuah bangunan kayu yang terletak di antara Mahkamah Tinggi Alor Setar dan Balai Nobat di Jalan Baru, Kedah.

Sebelum diisytihar sebagai sekolah, banguna tersebut merupakan pejabat kepada Menteri Besar Kedah sebelum ini iaitu Wan Md. Saman yang merupakan individu penting dalam pembinaan saluran air di Alor Setar.

Sekolah yang dibina pada tahun 1908 itu pada awalnya hanya boleh menempatkan sekitar 50 orang pelajar sahaja.

Antara bekas pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah tersebut adalah bekas Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Perdana Menteri keempat Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sementara itu, bagi sekolah berasrama penuh tertua di Malaysia pula adalah Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Perak apabila ia dibina pada tahun 1905.

Sekolah yang berusia 119 tahun itu telah ditubuhkan pada 2 Januari 1905 yang dikenali sebagai Malay Residential School of Kuala Kangsar.

Antara bekas pelajar yang pernah belajar di situ adalah bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun Abdul Razak serta Perdana Menteri kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim. K Online

Kolej Sultan Abdul Hamid sekolah tertua di Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker