Daim sedia dituduh walaupun hospital

Daim sedia dituduh walaupun hospital

Hartawan Daim Zainuddin sedia berdepan sebarang pertuduhan jenayah dan tidak menggunakan alasan dirawat di hospital bagi mengelak dibawa ke mahkamah, kata isterinya.

Na’imah Abdul Khalid justeru menolak kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki bahawa Daim tidak dapat dituduh di mahkamah kerana sedang mendapatkan rawatan di hospital.

“Kenyataan Azam Baki ini tidak benar.

“Saya boleh sahkan bahawa saya atau pasukan guaman tidak pernah dimaklumkan bahawa Daim akan didakwa atas sebarang kesalahan.

“Kami hanya diberitahu bahawa kenyataannnya akan dirakam. Baru hari ini ketika membaca laporan media saya tahu Daim akan didakwa,” katanya.

Terdahulu Azam memberitahu Malaysiakini bahawa mereka masih belum dapat meneruskan pendakwaan terhadap Daim kerana dia berada di hospital atas sebab kesihatan yang tidak dinyatakan.

Dia juga berkata tidak akan menuduh Daim di hospital dengan membawa hakim ke sana.

Menurut Azam, Daim akan berdepan dengan sekurang-kurangnya satu pertuduhan gagal mengisytiharkan hartanah yang dimiliki bersama isterinya.

Semalam, Na’imah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mendedahkan aset dan mengaku tidak bersalah.

Sementara itu, Na’imah berkata Azam cuba membayangkan Daim mengelak daripada berdepan pertuduhan serta memperkecilkan komitmen doktor yang bertugas.

“Biar saya sebut dengan jelas bahawa Daim sedia berdepan sebarang pertuduhan, tidak kira di mana-mana dan akan bersungguh-sunggu mempertahankan diri berdasarkan undang-undang, kata Na’imah.

Katanya, tertakluk kepada kebenaran hospital, Daim sedia berdepan “pendakwaan politik” walaupun di hospital.

Dia bagaimanapun menyerahkan perkara itu kepada SPRM untuk memutuskannya. Mk

Daim sedia dituduh walaupun hospital

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X

Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa

Rezeki jadi suami curang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker