‘Selamat tinggal Bella, aku sayang sangat kau’ – Kakak
BATU PAHAT – Kakak Bella mengucapkan selamat tinggal buat adik tersayangnya, Mira Sharmila Samsusah, 32, yang disahkan mati dibunuh susulan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka yang ditemui di Tongkang Pechah, Batu Pahat sah milik ibu tunggal itu.
Norisham, 36, menzahirkan rasa sedih itu menerusi perkongsian di laman sosial Facebook miliknya selepas dimaklumkan pihak polis berhubung keputusan DNA hari ini.
“Dukacita saya maklumkan ujian DNA mengesahkan rangka itu milik Bella, berat dugaan kami sekeluarga. Selamat tinggal Bella, aku sayang sangat kau, aku akan tuntut keadilan atas permergian kau ini. Mohon semua kenalan, kawan-kawan dan semua warga Batu Pahat menyertai solat buat kali terakhir untuk Bella,” tulisnya.
Norhisham turut menyatakan jenazah akan dituntut di Hospital Sultan Ismail (HSA) Johor Bahru pagi esok sebelum dibawa pulang ke Batu Pahat untuk disembahyangkan di Masjid Datuk Bentara, Batu Pahat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X