Pakej internet khas, berita baik buat penunggang p-hailing esok
Syarikat telekomunikasi bakal menawarkan pakej internet khas dengan diskaun istimewa untuk semua penunggang p-hailing di negara ini.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam sebuah kenyataan di laman Facebook, pengumuman tentang pakej tersebut bakal dilakukan pada 23 Januari, esok.
“Hari ni sebelum saya ke pejabat di Lembah Pantai, saya terserempak dengan seorang penunggang p-hailing. Sempat juga meluangkan sedikit masa untuk berbual dan mendengar luahannya.
“Ceritanya kepada saya, beliau seorang ayah kepada dua orang anak yang masih kecil. Pendapatannya kira-kira RM4,000 sebulan dan isterinya pula tidak bekerja.
“Jumlah itu memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Susu dan lampin bayi pun dah mahal, kadang-kadang kena tanggung kos perubatan ahli keluarga, simpanan memang tak ada langsung,” katanya.
Menurut Fahmi, penunggang p-hailing tersebut mempunyai tunggakan bil telefon selama dua bulan dan terpaksa meminjam duit daripada rakannya untuk melunaskan bil tersebut.
“Sebagai seorang ayah, saya cukup faham akan cabaran yang dihadapinya. Sedar tak sedar dah bersembang hampir 40 minit, tercetus idea untuk melakukan sesuatu bagi membantu komuniti riders kita,” katanya.
Fahmi berkata, beliau telah berjumpa dengan semua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi dan mencadangkan agar mewujudkan pakej internet khas, khusus buat para penunggang p-hailing.
“Kerajaan memahami kesusahan abang-abang riders kita yang bertungkus lumus menghantar makanan dan bungkusan untuk semua, lebih-lebih lagi di bawah terik matahari dan hujan lebat.
“Ini adalah satu kemenangan kecil buat semua pekerja dalam industri p-hailing,” ujarnya.
Fahmi berkata, usaha kecil daripada Kerajaan Madani ini diharap dapat meringankan kesulitan dan membantu penunggang p-hailing dalam menjalankan tugas masing-masing.
“Terima kasih riders kerana telah berkhidmat untuk kami semua selama ini.
“Kerajaan Madani mendengar keluhan anda dan kami harap usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan kesulitan dan membantu anda dalam menjalankan tugas setiap hari,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.