Ceroboh rumah kosong, polis tahan warga asing
Ceroboh rumah kosong, polis tahan warga asing
Polis menahan tiga lelaki warga Bangladesh kerana menceroboh dan tinggal di sebuah pangsapuri di Puchong sejak dua bulan lalu.
Ketua Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata warga asing itu ditahan semalam selepas pemilik yang tinggal di Terengganu membuat laporan polis mendakwa rumahnya diceroboh, lapor Harian Metro.
Kata Wan Kamarul, semua suspek berusia 23 hingga 30 tahun itu ditahan ketika polis membuat pemeriksaan di rumah itu pada jam 9 malam tadi.
“Warga Bangladesh itu mengaku menduduki rumah itu sejak dua bulan lalu dengan merosakkan kunci pintu dan menggantikannya dengan yang baharu,” katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan tiga lelaki warga Bangladesh itu akan ditahan reman hari ini.
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai hantaran seorang perunding hartanah yang terkejut apabila sebuah unit apartment milik kenalannya yang kosong sejak 10 tahun lalu kini didiami warga asing.
Perunding hartanah yang dikenali sebagai Srilabu Kedah berkata kenalannya yang tinggal di Terengganu memintanya menjual rumah itu tetapi ketika membuat pemeriksaan dia terkejut apabila mendapati pangsapuri itu kini didiami warga asing. FMT
Ceroboh rumah kosong, polis tahan warga asing
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena
You must be logged in to post a comment.