Wahab saman Chegubard kerana gelarnya sebagai homoseksual

Wahab saman Chegubard kerana gelarnya sebagai homoseksual

Pembantu Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani memfailkan saman fitnah terhadap seorang ahli Bersatu kerana mengaitkannya dengan aktiviti homoseksual.

Wahab memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi terhadap Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard.



Beliau mendakwa Badrul memuat naik dua hantaran di Facebook pada November tahun lalu yang mengaitkannya dengan aktiviti homoseksual dan bukan seorang penganut agama Islam yang baik.

“Peguam plaintif (Wahab) menghantar surat tuntutan kepada defendan (Badrul) pada 8 Dis 2023, bagi memadamkan hantaran Facebook tersebut.

“Bagaimanapun, defendan enggan menuruti tuntutan itu dan terus menyiarkan kenyataan berunsur fitnah,” kata Wahab dalam kenyataan tuntutannya.

Wahab berkata hantaran Facebook itu disiarkan dengan niat jahat untuk mendapatkan populariti dan mengaitkan beliau.



“Defendan menamakan plaintif dan sekutu politiknya supaya orang ramai tahu siapa dia sebenarnya,” katanya.

Wahab menuntut ganti rugi am, teruk dan tauladan daripada Badrul.

Beliau juga menuntut permohonan maaf dalam tempoh 14 hari selepas keputusan dibuat terhadap defendan.

Pada November tahun lalu, rakaman video berdurasi tiga minit yang menunjukkan perbualan antara seorang lelaki yang didakwa mirip bekas ketua pengarah J-Kom Agus Yusoff dan seorang lagi individu menjadi tular di media sosial.



Agus dengan tegas mendakwa video perbualan tular yang dikaitkan dengan dirinya sebagai disuai pinda dan disunting sebelum membuat laporan polis.

Pada Disember, Wahab yang juga naib pengerusi Pemuda PKR Hulu Langat, turut mendakwa dia diganggu secara seksual oleh Agus. FMT

Wahab saman Chegubard kerana gelarnya sebagai homoseksual

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker