Rafizi dakwa pemimpin PN takut bersemuka di podcast YBM
Rafizi dakwa pemimpin PN takut bersemuka di podcast YBM
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendakwa beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) telah menolak undangannya ke podcast ‘Yang Bakar Menteri’ (YBM) kelolaannya.
Selain daripada pempengaruh ‘YB Viral’, mereka yang menolak termasuk Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Pendang Awang Solahuddin Hashim dan aktivis peguam, Hawa Yaakob dan Sufi Kamari.
“Walaupun pejabat saya telah menghubungi ramai pemimpin dan aktivis maya PN yang berpotensi untuk membakar saya dalam podcast YBM, sehingga kini semuanya telah menolak.
“Saya tidak akan putus asa dan akan terus menghubungi lebih ramai pemimpin dan aktivis maya PN untuk menyahut cabaran membakar saya secara langsung.
“Jangan hanya berani mengkritik di belakang tetapi tidak berani memberi pandangan membina di depan,” ciapnya di platform media sosial X hari ini.
Walaupun pejabat saya telah menghubungi ramai pemimpin dan aktivis maya PN yang berpotensi untuk membakar saya dalam podcast YBM, sehingga kini semuanya telah menolak.
Selain dari YB Viral, senarai pemimpin dan aktivis maya PN yang tidak berani bersemuka termasuklah YB Wan… pic.twitter.com/7AogTi24Ol
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) January 22, 2024
Pempengaruh, yang dikenali dengan nama YB Viral, telah menolak pelawaan Rafizi untuk muncul di podcast itu dengan alasan bahawa cabaran debat asal telah dikurangkan menjadi sesi “soal jawab”.
Sebelum ini, Rafizi berkata jemputan kepada YB Viral adalah peluang kedua-dua pihak berkongsi pandangan dan mengemukakan fakta kepada umum.
Dia juga menyatakannya sebagai peluang untuk pempengaruh itu membuktikan bahawa dia adalah “menteri paling bodoh” seperti yang didakwa.
Rafizi menambah, beberapa pemimpin PN menggunakan alasan kehadiran bekas pemimpin Pakatan Harapan secara sukarela menyertai podcast itu, sebagai alasan untuk menolak pelawaannya.
“Matlamat podcast YBM ialah memberi keutamaan kepada penyokong dan pemimpin PN untuk bersemuka, supaya rakyat dapat menilai sendiri hujah kerajaan berbanding pembangkang.
“Pemimpin PH (atau bekas pemimpin pun) memang sudah ada peluang untuk menyampaikan pandangan kepada saya, sama ada melalui saluran kerajaan atau parti.
“Ada yang memang sudah ada saluran sendiri pun untuk menyampaikan kepada rakyat. Mengisi ruang di podcast YBM samalah seperti memberi bola tanggung kepada pembangkang untuk mengalihkan isu dengan mengapi-apikan sesama PH,” katanya.
Memandangkan tiada sambutan daripada pemimpin PN, ahli Parlimen Pandan itu berkata dia akan juga memberi ruang kepada mereka yang membangkang, atau kritikal kepada pendekatan kerajaan.
Dalam episod malam ini, Rafizi akan mengundang ahli akademik Barjoyai Bardai yang pernah menyuarakan kritikan terhadap menteri itu pada masa lalu. Mk
Rafizi dakwa pemimpin PN takut bersemuka di podcast YBM
Baca Artikel Menarik:
- Terowong tentera Malaikat
- Kes ‘scammer’ umrah, 2 pengarah Emraz tak hadir mahkamah, cuti sakit
- TYT baru Sarawak akan diumum tak lama lagi
- Mahathir kian tertekan
- Perbincangan sulh Fizi, Shakilla temui jalan buntu
- Datuk Maslan Sani, 10 lagi didakwa ahli kumpulan jenayah Geng Upik
- Andai Umno berbaik dengan PAS
- Tiada keluarga patut jadi lebih kaya dari negara – Salleh Keruak
- 12 ribu jemaah hadir, solat subuh terpaksa buat dua sesi
- Keluarga Bella persoal polis, ‘Selepas 38 hari, kami cuma dapat rangka?’ [VIDEO]
- Menteri agama tegur mufti isu bekerja di bank konvensional
- Salah kiblat ketika solat, lakukan perkara ini
- Konsert Milenia 2024 tawar diskaun tiket sehingga 50 peratus
- Siti Kasim melawan, tengking pegawai Jawi semasa serbuan
- Umno sah tolak 24 kerusi ahli majlis PBT Selangor – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU.NET