Lantik TYT Sarawak kuasa mutlak Agong

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak memberikan ulasan mengenai spekulasi pelantikan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baru.

Sebaliknya beliau hanya berkata kuasa melantik jawatan Yang Dipertua Negeri merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak dapat komen, kerana kuasa mutlak (untuk melantik) adalah pada Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Eden Damai Wellness di Kuching, hari ini.



Beliau juga enggan mengulas laporan bahawa Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.

“Yang itu perlu tanya dengan dia (Wan Junaidi) sendiri,” katanya.

Semalam, media melaporkan Wan Junaidi telah menyerahkan surat peletakan jawatannya dan sedang bersiap-sedia untuk menyandang jawatan Yang Dipertua Negeri Sarawak yang kini disandang Tun Abdul Taib Mahmud.

Abdul Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pada 1 Mac 2014.



– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Tengku Fa-iz dilucutkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan

Unsur ‘softporn’, Alya Iman dan Shukri ‘dibantai’ netizen



Fatiya Latiff dicium pula selepas dipeluk

SuriaFM dedah punca khidmat Tyzo ditamatkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker