Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba

Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba

Malang tidak berbau buat pelakon Dynas Mokhtar apabila mendapati wang simpanan dalam akuan bank peribadinya lesap secara tiba-tiba.

Kata Dynas atau nama lengkapnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, perkara tersebut disedari selepas ingin membuat pembayaran gaji pengurusnya dan wujud beberapa transaksi asing membabitkan akaun simpanan yang berada di luar pengetahuannya.



“Saya kehilangan hampir kesemua duit saya. Beberapa hari lalu semasa saya pulang ke rumah dari menjalani penggambaran, saya mahu bayar gaji pengurus.

“Selepas itu, baru saya sedar hampir semua duit saya hilang. Saya cuma ada akaun semasa iaitu debit kad tetapi tiada kad kredit.

“Apabila saya periksa kenyataan bank, ada pemindahan duit yang pelik menggunakan mata wang negara lain,” katanya menerusi Instagram semalam.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga cahaya mata itu enggan berkongsi butiran mengenai bank mahupun jumlah kerugian.



“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana masih dalam siasatan. Saya sudah buat laporan polis.

“Ramai yang bantu saya ketika ini tetapi doakan saya dapat kembali wang saya.

“Saya tidak mahu benda ini berlaku kepada orang lain. Sekarang bukan hanya klik pautan tetapi nombor kad debit juga perlu berhati-hati,” ujarnya lagi.

Pelakon drama Special Force: Anarchy itu memberi saranan agar orang ramai menyimpan wang di tempat yang selamat.



“Saranan saya, jangan letak duit banyak dalam kad debit sebaliknya simpan di tempat lebih selamat.

“Kalau orang tiru kad awak, (memang) habis. Ini simpanan dan itu sahaja yang ada. Kononnya tidak mahu berhutang tetapi semua wang tunai hilang,” jelasnya lagi. K Online

Duit Dynas Mokhtar lesap tiba-tiba

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya senasib dengan Tyzo – Linda Onn

Isu Tyzo, DJ Lin akan dedahkan Jumaat ini



Makin lawa Mawar Rashid lepas menjanda

Ganti DJ 2 minggu tanpa gaji, alasan nak ‘test’ (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker