Akta parlimen berpenggal tetap tak bermaksud PM tak boleh ditukar
Akta parlimen berpenggal tetap tak bermaksud PM tak boleh ditukar
Seorang ahli parlimen PKR menegaskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap yang hangat diperkatakan pada masa ini tidak akan memberi kuasa penuh dan mutlak kepada perdana menteri.
Bercakap dengan Malaysiakini, Ahli Parlimen Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari menjelaskan akta itu hanya terhad dalam memastikan kerajaan dipegang oleh gabungan yang menang dalam PRU.
“Pertukaran perdana menteri boleh berlaku, tetapi (digantikan) dalam kalangan parti pemerintah,” katanya.
Kenyataan itu selepas Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, juga dari PKR, membantah cadangan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk memperkenalkan rang undang-undang (RUU) khas yang akan memastikan kerajaan kekal berkuasa sehingga tamat penggal.
Menurut laporan FMT, Hassan menyuarakan kebimbangan akta itu akan mewujudkan “pemerintahan bersifat diktator” dan menyifatkan cadangan Zahid tidak sesuai di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, di mana parti atau gabungan yang menang majoriti menjadi kerajaan.
Cadangan Zahid itu susulan dakwaan ada gerakan untuk menjatuhkan kerajaan oleh pembangkang.
Terdahulu, Pengerusi PN Muhyiddin Yassin menafikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan namun menyatakan Perlembagaan Persekutuan tidak menghalangnya.
Taufiq antara sejumlah ahli parlimen kerajaan yang menyuarakan sokongan terhadap cadangan yang dikemukakan Zahid.
“Ia cadangan yang baik. Saya sokong bagi memastikan kestabilan politik di negara kita.
“Bila sesebuah kerajaan dipilih, kerajaan itu diberi ruang dan peluang untuk memerintah sehingga habis penggal tersebut.
“Kedua, rakyat Malaysia perlu tahu (dan tidak perlu berteka-teki) bila tarikh PRU akan diadakan (atau parlimen dibubarkan),” katanya lagi.
Misalnya, dia berkata jika PRU diadakan pada 1 Januari 2020, maka kerajaan yang ditubuhkan selepas itu akan mentadbir negara selama lima tahun dengan PRU seterusnya diadakan pada 1 Januari 2025.
Tiga kebaikan
Sementara itu, Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee menyatakan negara mendapat tiga kebaikan jika parlimen berpenggal tetap, sama seperti yang telah ditunjukkan negara-negara lain.
“Secara politik, ia akan menamatkan kitaran perubahan kepimpinan yang tidak dijangka, menjamin kestabilan dalam pentadbiran.
“Secara ekonomi, kestabilan ini amat penting untuk keyakinan pelabur, yang penting bagi menangani penurunan pelaburan langsung asing dan memulakan pertumbuhan ekonomi.
“Secara sosial, parlimen berpenggal tetap dapat menghentikan pergolakan politik, membolehkan tumpuan diberikan kepada pembangunan sosioekonomi yang terangkum dan menyeluruh,” katanya sambil membangkitkan sistem politik di negara lain seperti Australia, Norway dan Amerika yang mengamalkan penggal tetap atau separa tetap.
Ahli Parlimen Hulu Langat Sany Hamzan dan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng turut menyuarakan sentima yang sama ketika dihubungi Malaysiakini.
Mengulas perkara itu, Lim berkata pengekalan kerajaan semasa yang diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menikmati majoriti besar bukan sekadar satu keputusan politik, tetapi strategik.
“Ia asas untuk Malaysia membina semula imejnya sebagai negara yang stabil dan makmur,” kata ahli parlimen DAP itu.
Perbincangan lebih mendalam
Bagi Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man pula, walaupun mengalu-alukan cadangan yang dapat memberi kestabilan kepada kerajaan, dia menyifatkan cadangan Zahid perlu dibincang dalam kalangan pakar undang-undang dan perlembagaan.
Ahli parlimen PKR itu turut menyeru masyarakat sivil agar menggiatkan perbincangan berkenaan cadangan itu, agar orang ramai dapat memahaminya dengan lebih baik.
“Undang-undang paling dekat dari negara lain yang boleh dirujuk adalah Akta Parlimen Berpenggal Tetap 2011 di United Kingdom.
“Siri debat tercetus ketika itu, daripada ketika ia diluluskan sehinggalah akta itu akhirnya dimansuhkan,” katanya.
Terdahulu, kumpulan pendesak reformasi institusi Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) berkata akta seumpama itu dapat menghalang usaha menjatuhkan kerajaan menerusi akuan berkanun (SD).
Projek Sama juga membangkitkan Yang di-Pertuan Agong boleh menolak sebarang permintaan daripada perdana menteri untuk membubarkan parlimen lebih awal, kecuali dia kehilangan kepercayaan di Parlimen.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan meneruskan kajian terperinci serta mendapatkan pendapat awam berkenaan perkara itu.
Dia juga berkata sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan juga akan dibuat dalam masa terdekat. Mk
Akta parlimen berpenggal tetap tak bermaksud PM tak boleh ditukar
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET