Abang Jo kurang berminat dengan akta penggal tetap dicadang Zahid
Premier Sarawak Abang Johari Openg mengambil sikap berhati-hati berhubung cadangan untuk menggubal akta agar kerajaan kekal sehingga akhir penggal.
Menurutnya, ini kerana kebebasan memilih adalah hak yang dijamin perlembagaan.
“Saya tidak tahu sangat latar belakang (cadangan RUU kekalkan kerajaan) sama ada undang-undang itu boleh dilaksanakan atau tidak, tetapi ia perlu diserahkan kepada pakar perundangan kerana dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyebut kebebasan untuk memilih.
“Ini bermakna kita tidak boleh menggunakan paksaan tetapi boleh menggunakan kaedah lain, seperti membuat peraturan untuk kita memantau keadaan politik kerana dalam amalan demokrasi rakyat bebas untuk memilih,” katanya seperti dipetik Borneo Post.
Abang Johari berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden Umno Zahid Hamidi agar satu undang-undang khusus digubal bagi membolehkan kerajaan yang dibentuk selepas PRU, mentadbir sehingga akhir penggal.
Cadangan Zahid itu kemudian ditafsir sejumlah pihak, termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, sebagai merujuk kepada akta parlimen berpenggal tetap.
Akta itu bertujuan menghalang perdana menteri membubarkan parlimen menurut kehendaknya agar kerajaan kekal sehingga tamat penggal.
Terdahulu, kumpulan pendesak reformasi institusi Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek Sama) berkata akta seumpama itu dapat menghalang usaha menjatuhkan kerajaan menerusi akuan berkanun (SD).
Projek Sama juga membangkitkan Yang di-Pertuan Agong boleh menolak sebarang permintaan daripada perdana menteri untuk membubarkan parlimen lebih awal, kecuali dia kehilangan kepercayaan di Parlimen.
Ahli Parlimen Sungai Petani Taufiq Johari pula menegaskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak akan memberi kuasa penuh dan mutlak kepada perdana menteri.
Menurutnya, perdana menteri masih boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya, namun penggantinya mestilah daripada gabungan parti pemerintah.
Cadangan berhubung undang-undang itu timbul selepas khabar angin berterusan bahawa pembangkang merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui akaun berkanun (SD).
Mengulas lanjut, Abang Johari yang juga pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) berkata pihaknya tetap dengan pendirian mahukan politik peringkat nasional stabil dan menentang sebarang percubaan sedemikian.
“Saya tidak boleh komen lebih kerana yang GPS mahu hanyalah kestabilan politik peringkat nasional.
“Kurangkanlah langkah-langkah. Ini ada Langkah Dubailah, Langkah Londonlah. Kita tumpukanlah kepada usaha untuk memulihkan ekonomi,” katanya lagi.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira
You must be logged in to post a comment.