Bas ekspress terbakar seret motosikal, pelancong terkorban
ALOR GAJAH: Seorang pelancong wanita maut selepas bas ekspres dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 198, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata lima lagi penumpang cedera termasuk dua daripadanya melecur teruk.
Katanya, kemalangan berlaku kira-kira jam 3.50 pagi dan bas itu membawa 28 penumpang itu dari Singapura menuju ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, polis menerima panggilan kecemasan pada jam 4 pagi mengenai kemalangan bas dengan sebuah motosikal dan pasukan pegawai dan anggota ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan.
“Motosikal ditunggangi lelaki berusia 21 tahun dipercayai terbabas sendiri, jatuh di lorong paling kiri dan penunggang sempat bangun mengelak ke kiri jalan
“Bas melanggar motosikal terbabit dan menyeret hingga terbakar,” katanya dalam kenyataan di sini.
Arshad berkata, pelanggaran itu menyebabkan lima penumpang termasuk tiga orang yang duduk di bahagian belakang terperangkap dan cedera kerana melecur.
Katanya, seorang daripada mangsa, Yafarah Taj Fakrudin Hussaini berusia 17 tahun disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah akibat badan terbakar.
“Mangsa melecur teruk ialah Peer Mohamed Kannudeen, 69, dan Anissa Begum Fakrudin Hussaini, 45, manakala dua lagi cedera ringan, iaitu Mohideenmeraal Beermohamed, 68, dan Tasmiyah Taj, 19,” katanya.
Beliau berkata, 23 orang penumpang lain tidak cedera termasuk pemandu dan pemandu kedua berusia 24 dan 46 tahun.
“Mayat si mati dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasata lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II, Zahrul Azha Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan awam berhubung kemalangan itu pada jam 3.55 pagi dan seramai 21 anggota terbabit dalam operasi pemadaman.
Beliau berkata, sejurus selesai pemadaman anggota melakukan pencarian di laluan sejauh 150 meter dan tiada mangsa lain ditemui.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie
You must be logged in to post a comment.